02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

65.5.2.1.a

Program Penstrukturan lndustri Perkhidmatan Air Belum Tercapai

Sepenuhnya

Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), digubal untuk mengawal

selia perkhidmatan air dan pembetungan di Semenanjung Malaysia

termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan. Akta tersebut

memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuan mengenai

semua perkara berkaitan perkhidmatan bekalan air. Sehubungan itu,

PAAB ditubuhkan bagi membantu merealisasikan hasrat Kerajaan.

Dalam proses tersebut PAAB membantu KeTTHA dalam rundingan

dengan Kerajaan Negeri. Setakat 30 November 2011, 5 negeri telah

menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan dan PAAB

melibatkan nilai aset berjumlah RM3.456 bilion. Manakala 7 lagi negeri

belum membuat keputusan untuk menyertai Program Penstrukturan

Industri Perkhidmatan Air.

Penghijrahan negeri Perak ke rejim pelesenan baru telah

ditandatangani pada 23 Mei 2012.

PAAB akan meneruskan dialog dan juga perbincangan bersama

negeri-negeri yang masih belum berhijrah ke regim baru penstrukturan

air bersama pihak KeTTHA, SPAN dan MOF.

Pada pendapat Audit, program penstrukturan industri air negara di

Semenanjung Malaysia masih belum tercapai sepenuhnya disebabkan

oleh perkara di luar kawalan PAAB.

65.5.2.1.b

Pemindahan Hak Milik Tanah Kepada PAAB

i. Mengikut Perjanjian Induk, kerajaan Negeri akan memindahkan hak

milik tanah secara langsung kepada PAAB dalam tempoh 12 bulan

dari tarikh kuat kuasa perjanjian induk atau tempoh lain yang

ditentukan. Semakan Audit mendapati setakat November 2011,

hanya 153 (9.7%) daripada 1,581 tapak telah dipindah milik kepada

PAAB.

ii.

Semakan Audit selanjutnya mendapati pemindahan hak milik tanah

kepada PAAB tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana perkara

berikut:

Status pemilikan tanah belum dapat dipastikan semasa

perjanjian ditandatangani.

Tunggakan cukai tanah.

Hanya seorang pegawai di PAAB yang menguruskan

pemindahan hak milik tanah di mana pegawai ini perlu

mengenal pasti lokasi, menyemak dengan pejabat tanah,

membuat permohonan hak milik tanah kepada Pejabat Tanah

dan membuat lawatan ke semua lokasi.

Inisiatif telah diambil untuk mempercepatkan proses pindahmilik tanah

dengan mengadakan Mesyuarat Pasukan Petugas berjadual untuk

semua negeri-negeri yang telah berhijrah sekurang-kurangnya sebulan

sekali, setiap dua bulan. Berikut merupakan mesyuarat-mesyuarat yang

telah dijalankan:-

1- Januari

(30/01/2012) – Mesyuarat bersama UPEN Pulau Pinang / PTG / BKSA

/ PBA

(31/01/2012) – Mesyuarat bersama UPEN Perlis / PTG / JKR (Bhgn.

Bekalan Air)

2- Mac

(6/03/2012) – Mesyuarat bersama UPEN Johor / PTG / Pentadbir

Tanah / SAJH / BAKAJ

3- Mei

(10/05/2012) – Mesyuarat bersama UPEN Melaka / PTG / Pentadbir

Tanah / SAMB

iii. Bagaimanapun Unit Pengurusan Tanah telah mengemukakan pelan

tindakan kepada pihak pengurusan PAAB pada tahun 2012 untuk

537

537

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!