02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN II

PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN

Perenggan 65 : Pengurusan ASET AIR BERHAD

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

65.5.1.3 Analisis Pendapatan, Perbelanjaan Dan Untung Rugi – Penyata

Aliran Tunai

Berdasarkan Penyata Aliran Tunai PAAB bagi tempoh tahun kewangan

2008 hingga 2010, kedudukan aliran tunai syarikat menunjukkan

penurunan tunai sejumlah RM138.87 juta (38%) pada akhir tahun 2010

berbanding dengan tahun 2008 iaitu daripada RM365.04 juta pada tahun

2008, RM337.75 juta pada tahun 2009 dan RM226.17 juta pada tahun

2010. Penurunan pada tahun 2009 adalah disebabkan bayaran

pelaburan dalam perolehan tambahan aset air yang berjumlah RM2.814

bilion dan perolehan hartanah, loji dan peralatan berjumlah RM122.78

juta. Selain itu, bayaran balik kredit pusingan berjumlah RM2.480 bilion

pada tahun 2009 juga menyebabkan penurunan dalam tunai syarikat.

Manakala pada tahun 2010 pula penurunan tersebut disebabkan oleh

bayaran faedah kewangan berjumlah RM159.12 juta, bayaran perolehan

aset air berjumlah RM464.86 juta dan bayaran balik kredit pusingan

berjumlah RM174 juta serta bayaran balik instrumen hutang

berjumlah RM3.370 bilion.

Pemantauan laporan prestasi kewangan PAAB yang memberi

penelitian ke atas nisbah-nisbah petunjuk seperti nisbah pulangan

ekuiti, nisbah semasa, nisbah kecairan dan sebagainya telah pun

dikemukakan di dalam mesyuarat lembaga Pengarah pada 30 Julai

2012.

Langkah ini akan diteruskan pada setiap mesyuarat lembaga

Pengarah.

Mengikut maklum balas daripada PAAB, tempoh pembayaran balik

pinjaman Kerajaan Persekutuan yang dipindahkan dihadkan kepada

maksimum 25 tahun berdasarkan konvensyen pembayaran balik

universal yang diguna pakai oleh Kementerian Kewangan. PAAB

dijangka tidak akan menghadapi sebarang kesukaran kewangan dalam

memenuhi kewajipan kewangan dalam tempoh terdekat dan sederhana.

PAAB juga mengkaji kemungkinan mendapatkan lanjutan tempoh

moratorium sekiranya pembayaran sewa pajakan daripada operator air

tidak diterima.

Pada pendapat Audit, prestasi kewangan PAAB bagi tahun 2008 hingga

2010 adalah memuaskan. Bagaimanapun, PAAB perlu mengambil

langkah bagi meningkatkan lagi prestasi kewangan terutamanya margin

keuntungan bersih yang menunjukkan penurunan ketara.

536

536

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!