02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Bagi projek Technofund, garis panduan yang dikeluarkan menyatakan bahawa

perbelanjaan yang dibolehkan antaranya adalah pilot plant dan kelengkapan jika

berkaitan. Adalah didapati 1 projek telah menggunakan peruntukan Technofund

berjumlah RM12,338 untuk tujuan membeli perabot seperti vertical blind yang

ditempatkan di dalam bilik mesyuarat dan bilik pegawai serta almari dokumen yang

ditempatkan di lokasi yang berlainan daripada makmal.

Technofund pula menggunakan peruntukan SIRIM.

Di samping itu bagi memastikan pematuhan garis panduan

tersebut, semua perjalanan ke luar negara perlu mendapat

kelulusan daripada Overseas Travel Committee di mana ahliahlinya

terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah SIRIM.

Berdasarkan maklum balas SIRIM menyatakan bahawa sebahagian daripada

pembangunan pilot plant GMP adalah termasuk pembelian perabot untuk makmal

dan juga perabot untuk penyelidik. Pada masa yang sama, pihak pengurusan

SIRIM juga mengambil langkah tegas dan pencegahan supaya perkara ini tidak

akan berulang lagi.

Pada pendapat Audit, setiap pembelian yang tidak berkaitan secara langsung

dengan penghasilan sesuatu projek jika tidak dikawal boleh menjejaskan

peruntukan yang sebenarnya diperlukan untuk projek tersebut. Oleh itu,

pengurusan SIRIM perlu memantau rapi pembelian seumpama ini.

64.5.2.2.c

Pengurusan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran (MBD)

Adalah didapati latihan/kursus berkaitan pemasaran ada diberikan kepada pegawai

MBD sepanjang tahun 2008 hingga 2011. Secara keseluruhan, jumlah kursus yang

berkaitan pemasaran yang dihadiri oleh pegawai MBD adalah antara 1 hingga 20

kursus atau 37.7% daripada jumlah 77 kursus yang dihadiri. Semakan lanjut

mendapati, pada tahun 2008 sebanyak 29 latihan/kursus yang berkaitan

pemasaran telah diberikan kepada pegawainya. Manakala bagi tahun 2009 hingga

2011 pula, ianya semakin menurun kepada 1 hingga 5 kursus sahaja.

Tiada pengambilan anggota kerja pemasaran yang baru. Walau

bagaimanapun, bagi anggota kerja sedia ada latihan berterusan

juga diadakan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan dan

memantapkan kemahiran mereka.

Berdasarkan maklum balas SIRIM menyatakan bahawa penurunan kursus yang

dihadiri oleh anggota kerja MBD kerana mereka telah pun mengikuti kursus-kursus

yang komprehensif berkenaan pemasaran. Oleh yang demikian, pihak pengurusan

berpendapat bahawa anggota kerja di bawah bahagian tersebut telah terlatih untuk

melaksanakan tugas-tugas pemasaran.

Pada pendapat Audit, latihan yang berterusan perlu diadakan untuk menambah

pengetahuan serta meningkatkan dan memantapkan kemahiran mereka.

64.5.3.1.a

Penyenggaraan Rekod Pendaftaran Aset

Semakan Audit di 4 lokasi yang dipilih mendapati Bahagian Korporat dan AMREC

di Kulim mengguna pakai Rekod Aset dari Sistem Perakaunan Century sebagai

senarai aset mereka. Manakala 2 lokasi yang lain iaitu pejabat luar kampus SIRIM

di Rasa dan Pusat Bioprocess Technology ada menyediakan daftar aset secara

manual. Bagaimanapun semakan lanjut mendapati daftar tersebut tidak lengkap

Bagi memastikan penggunaan daftar aset yang seragam, mulai

tahun 2012, SIRIM telah mengguna pakai Sistem i-aset dan

maklumat aset yang dimasukkan ke dalam sistem ini adalah

lebih komprehensif.

532

532

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!