02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

64.5.2.2.a.iii

Pemakaian Standard Prosedur Yang Tidak Seragam

Dalam melaksanakan projek komersial, adalah didapati setiap bahagian ada

membangunkan standard prosedur sendiri. Semakan Audit mendapati terdapat

ketidakseragaman dalam prosedur yang diwujudkan dan tiada keselarasan

terhadap pekeliling yang telah dikeluarkan terutamanya dalam penggunaan borangborang

kewangan.

Draf Prosedur Pengurusan Projek di dalam proses semakan

sebelum dikemukakan untuk kelulusan Pengurusan yang

dijadualkan dalam bulan September 2012.

Antara perbezaan yang ketara adalah dari segi keperluan menyediakan

perjanjian/memorandum persefahaman, perubahan skop projek, penggunaan

borang kewangan, penggunaan pelan kualiti projek.

Ketiadaan prosedur standard yang seragam menyebabkan setiap bahagian

menjalankan projek komersial berdasarkan proses yang berbeza dan tidak

bertepatan dengan pekeliling yang dikeluarkan serta menyukarkan penyelarasan.

Berdasarkan maklum balas SIRIM, usaha untuk menyeragamkan ke semua

prosedur berkaitan dengan pengurusan projek telah dimulakan sejak Disember

2011 dan dijangka akan disiapkan pada bulan Julai 2012.

64.5.2.2.a.iii

Hasil Projek Tidak Digunakan Dengan Optimum

Antara objektif utama 2 projek yang disemak iaitu Pembangunan Sistem

Pengeringan Solar Di Lautan dan Sistem Pengeringan Rumpai Laut Secara Raga

ialah untuk meningkatkan kualiti sosio ekonomi pengguna projek selain

meningkatkan kualiti output yang dihasilkan. Semakan yang dijalankan terhadap

projek tersebut mendapati ia tidak digunakan dengan optimum dan mencapai

objektif ia dibangunkan. Ini kerana tiada perancangan yang teliti dan berlaku kes

kecurian enjin bot.

Pada pendapat Audit, klausa di dalam dokumen perjanjian perlu menjelaskan

tanggungjawab SIRIM ke atas projek yang dilaksanakan selepas penyerahannya

kepada pihak pelanggan. Ini bagi memastikan pihak berkenaan dapat menyelia dan

menjaga hasil projek yang telah dilaksanakan. Selain itu, pihak pelanggan juga

perlu dibekalkan dengan manual penggunaan supaya mereka dapat menggunakan

hasil projek berdasarkan cara penggunaan yang sepatutnya.

Pembangunan Prototaip Untuk Sistem Pengkulturan dan

Penuaian Rumpai Laut

Projek telah diserahkan kepada Ketua Pengarah Jabatan

Perikanan Malaysia pada 6 Julai 2012 di Jabatan Perikanan

Sabah, Kota Kinabalu.

Pembangunan Sistem Pengeringan Solar Di Lautan

Sama seperti di atas.

64.5.2.2.b.iii

Pengurusan Projek Penyelidikan - Perbelanjaan Untuk Tujuan Perjalanan

Dalam Dan Luar Negara

Semakan Audit mendapati 3 projek menggunakan peruntukan Sciencefund untuk

tujuan ke luar negara melebihi sekali melibatkan kos berjumlah RM43,556.

Bagaimanapun hanya satu projek (lawatan kali pertama) yang mendapat kelulusan

manakala 2 projek yang lain tiada kelulusan MOSTI.

Bagi projek Sciencefund yang diluluskan dalam tahun

2011/2012, perjalanan ke luar negara hanya boleh dilakukan

setelah mendapat kelulusan dari pihak MOSTI.

Perbelanjaan perjalanan dalam dan luar negara bagi projek

531

531

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!