02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

64.5.2.2.a.iii

Pengurusan Projek Komersial - Perjanjian / Memorandum Persefahaman

Mengikut perenggan 3.0(c) dalam Pekeliling SIRIM No. 47, Jabatan/Pusat/Seksyen

hendaklah memastikan kontrak yang lengkap disediakan dan ditandatangani oleh

pelanggan bagi semua perkhidmatan/kerja yang bernilai RM100,000 dan ke atas.

Daripada 16 projek komersial yang disemak didapati 14 projek ada perjanjian, satu

projek di bawah RM100,000 dan satu projek tanpa perjanjian iaitu projek Machine

Mixer Ubat Gigi yang bernilai RM150,000. Bagaimanapun, bagi dua projek iaitu

Pembangunan Projek Pengeringan Terbantu Suria Untuk Rumpai Laut dan SIRIM

Pintar Learning Sabah Dan Sarawak, perjanjian yang ada hanyalah di antara

pelanggan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) manakala

hanya surat pelantikan yang mengikat SIRIM dengan pelanggannya.

Bagi memastikan pematuhan kepada garis panduan penyediaan

memorandum persefahaman dan perjanjian, SIRIM telah

sepenuhnya menggunakan senarai semak (Check List) bagi

memastikan setiap projek yang mempunyai LOI/LOA/MOA/MOU

didaftarkan di dalam Project Monitoring System.

Bagi 12 projek yang mempunyai perjanjian, didapati perjanjian yang dibuat tidak

menjelaskan dengan lengkap klausa-klausa penting seperti skop projek, klausa

latihan penggunaan, manual penggunaan, penyenggaraan, tempoh jaminan

perkhidmatan dan perubahan skop kerja. Selain itu, didapati juga klausa-klausa

yang digunakan adalah tidak seragam di mana terdapat perjanjian yang mempunyai

klausa yang terperinci manakala perjanjian lain mempunyai klausa yang sangat

umum. Ketiadaan perjanjian dan klausa perjanjian yang umum menyebabkan

pengguna projek menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti pihak yang perlu

dihubungi sekiranya projek tersebut menghadapi masalah, terdapat pengguna yang

tidak diberikan latihan dan manual penggunaan seperti yang sepatutnya

menyebabkan projek tidak digunakan dan peralatan berkarat kerana tidak

disenggara dengan baik.

Berdasarkan maklum balas SIRIM, garis panduan penyediaan Memorandum

Persefahaman dan Memorandum Perjanjian telah diguna pakai sejak tahun 2008.

Pihak SIRIM juga memaklumkan bahawa bagi projek yang diperolehi dari tahun

2011, pihak pengurusan telah mengambil langkah dalam memastikan projek-projek

yang diurus, dipantau dan diselia dengan lebih sistematik serta teratur melalui

penubuhan Jabatan Pemantauan Projek. Pada masa yang sama, Senarai Semakan

telah dibangunkan dan diguna pakai untuk semua projek baru yang akan

didaftarkan.

Pada pendapat Audit, pematuhan terhadap garis panduan penyediaan

memorandum persefahaman dan perjanjian adalah penting untuk menjamin

kejayaan projek dan kepentingan SIRIM. Oleh yang demikian, pihak pengurusan

SIRIM perlu memantau dengan rapi terhadap pematuhan garis panduan tersebut.

Selain itu, draf perjanjian tersebut hendaklah disemak oleh pegawai undangundang

sebelum dimuktamadkan.

529

529

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!