02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN II

PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN

Perenggan 64 : SIRIM BERHAD

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

64.5.1.3.b

Prestasi Kewangan – Prestasi Aliran Tunai

Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, prestasi aliran tunai SIRIM secara

keseluruhannya adalah semakin menurun. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan

dalam penggunaan tunai bagi aktiviti operasi dan pengurangan terimaan geran

Kerajaan.

Berdasarkan maklum balas SIRIM, beberapa langkah telah diambil sejak tahun

2011 bagi meningkatkan prestasi kewangan antaranya langkah-langkah penjimatan

perbelanjaan, penubuhan Jabatan Pemantauan Projek, penilaian prestasi

pendapatan pertengahan tahun dan mengkaji semula jenis-jenis perkhidmatan yang

ditawarkan. Selain itu bagi tahun 2012, langkah bagi meningkatkan prestasi

kewangan SIRIM Berhad adalah antaranya menyediakan Perancangan Strategik

lima (5) tahun yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah; melaksanakan Pelan

Perniagaan (Business Positioning) termasuk menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang

berorentasikan komersial bagi meningkatkan pendapatan; mengkaji semula projek

yang bersifat Corporate Social Responsibility bagi mengimbangkan impak dan kos

yang ditanggung bagi setiap projek dan melaksanakan kajian produktiviti.

Pada pendapat Audit, prestasi kewangan SIRIM bagi tahun 2008 hingga 2010

adalah baik. SIRIM perlu meneruskan usaha bagi meningkatkan lagi prestasi

kewangannya terutama margin keuntungan bersih yang mula menunjukkan

penurunan.

527

527

Pelan Perniagaan (Business Positioning) yang akan berkuat

kuasa pada 1 Januari 2013 telah diluluskan oleh Lembaga

Pengarah pada 26 Julai 2012. Pelan Perniagaan (Business

Positioning) menggariskan focus area yang akan diceburi oleh

SIRIM bagi memantapkan lagi operasi SIRIM supaya dapat

menjana pendapatan yang tinggi.

Pelaksanaan focus area akan berdasarkan 2 pendekatan iaitu

aktiviti pembangunan dan aktiviti komersil. Aktiviti pembangunan

akan menyokong dasar dan aspirasi negara berdasarkan

mandat Kerajaan kepada SIRIM. Manakala aktiviti komersil akan

menjurus kepada perkhidmatan nilai tambah bagi menjana

pendapatan komersil kepada SIRIM.

Mulai Ogos 2012, SIRIM akan menjalankan program

pelaksanaan yang terperinci bagi memastikan sasaran Pelan

Perniagaan (Business Positioning) tercapai. Di antaranya ialah

seperti berikut:-

Pelantikan baru pihak pengurusan akan diumumkan pada 9

Ogos 2012;

Sesi penerangan dan taklimat kepada anggota kerja

mengenai perkara ini telah dijadualkan mulai dari 7 Ogos

2012;

Menjalankan program Change Management pada bulan

Oktober 2012;

Penubuhan Business Process Team pada bulan Oktober

2012; dan

Penyediaan Pelan Perniagaan & Bajet yang terperinci bagi

5 tahun dan dijadualkan untuk dikemukakan bagi kelulusan

Lembaga Pengarah pada 6 Disember 2012.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!