02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

63.5.3.2 Pengurusan Kewangan Syarikat

Semakan Audit mendapati Daftar Aset yang diselenggarakan tidak mengandungi

butiran seperti yang ditetapkan dalam Manual Operasi Standard ITBM iaitu tiada

butiran asas susut nilai, susut nilai terkumpul, susut nilai bulanan dan nilai buku

bersih. Selain itu, Daftar Aset yang diselenggarakan adalah tidak lengkap dan

kemas kini kerana terdapat aset syarikat yang tidak direkodkan dalam daftar

tersebut. Antara aset yang bernilai tinggi dan tidak direkodkan adalah Shrink Tunnel

Machine dan L-Sealer Machine yang disimpan dalam stor ITBM (Gambar 63.11 dan

63.12). Pihak Audit juga mendapati daftar aset yang diselenggarakan tidak

menyenaraikan aset ICT seperti komputer, komputer riba dan mesin pencetak.

Maklumat aset ICT yang diberikan adalah maklumat penyenggaraan yang dilakukan

terhadap aset tersebut. Pemeriksaan Audit juga mendapati terdapat aset yang tidak

dilabel bagi memudahkan urusan pengesanan.

Bahagian Pentadbiran & Teknologi Maklumat sedang dalam

proses memindahkan data manual aset ke dalam Stock &

Inventory System dan siap sebelum 30 November 2012.

SOP pengurusan aset sedang disediakan dan akan

dibincangkan dalam Mesyuarat Pengurusan ITBM pada 21

September 2012 sebelum dibawa ke Mesyuarat Lembaga

Pengarah ITBM pada bulan Oktober 2012.

Berdasarkan maklum balas ITBM, kajian semula dan penambahbaikan berhubung

prosedur operasi standard Pengurusan Aset akan dibuat selewat-lewatnya pada

bulan Disember 2012 bagi memastikan data aset sentiasa dikemas kini dan

diselenggarakan dengan baik menggunakan Modul Stock And Inventory System.

Pada pendapat Audit, secara keseluruhannya tadbir urus korporat dan pengurusan

kewangan ITBM telah mematuhi peraturan yang ditetapkan kecuali mengenai terma

rujukan Lembaga Pengarah dan pengemaskinian daftar aset yang kurang

memuaskan. Sehubungan itu, ITBM perlu memastikan rekod aset dikemas kini dari

semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan harta syarikat.

526

526

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!