02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Pada pendapat Audit, pengurusan dan penyimpanan stok buku di stor ITBM pada

umumnya adalah memuaskan. Bagi memantapkan lagi kecekapan urusan stor,

ITBM perlu segera menyediakan prosedur operasi standard serta menggunakan

Modul Stock and Inventory System supaya pengurusan stor dibuat lebih teratur dan

konsisten.

63.5.2.2.c.ii

Ruang Gudang Kontena Nasional Berhad

Kontrak Perjanjian Formal Tidak Dimuktamadkan

Surat Setuju Terima pelantikan KNB bagi menyediakan perkhidmatan penyimpanan

stok buku berkuat kuasa pada 1 Julai 2011. Pemindahan stok ke pejabat cawangan

iaitu ruang gudang di KNB selesai sepenuhnya pada bulan September 2011.

Semakan Audit mendapati sehingga bulan Januari 2012 perjanjian kontrak formal

masih belum dimuktamadkan.

Berdasarkan maklum balas ITBM, kontrak antara ITBM dan KNB telah pun

dimuktamadkan pada 5 April 2012 manakala perbincangan telah diadakan dengan

KNB bagi menetapkan penempatan stok buku yang sesuai.

Pengiraan Stok Secara Manual

Pemeriksaan fizikal dan temu bual dengan pegawai KNB mendapati pengiraan stok

dijalankan secara manual. Ini adalah kerana sistem menjana laporan masih dalam

proses pengubahsuaian. Mengikut pihak KNB, baki stok buku akan dikemas kini

dalam sistem setelah pengiraan secara manual stok buku yang dikategorikan

sebagai loose adalah tepat dan selesai sepenuhnya. Semakan Audit terhadap

laporan pengiraan stok KNB mendapati baki stok buku pada awal bulan Disember

2011 adalah 907,895 naskhah. Semakan Audit selanjutnya mendapati terdapat

lebihan buku yang disimpan dalam kotak dan diletakkan di rak paling atas tetapi

tidak dimasukkan dalam laporan pengiraan KNB

Pihak KNB sedang membuat penyelarasan dengan

memasukkan data mengikut lokasi simpanan buku. Pemantauan

daripada pihak ITBM juga dibuat dari semasa ke semasa. Kiraan

stok fizikal akan dibuat bersama iaitu minimum 2 kali setahun

pada 10 Januari 2013 dan 10 Julai 2013.

Data akan dimasukkan ke dalam Warehouse Management

System (WMS) pada 23 Oktober 2012.

Berdasarkan maklum balas ITBM, pihak pengurusan stor akan memantau dari

semasa ke semasa dengan mewakilkan staf ITBM semasa proses kiraan stok fizikal

dilakukan untuk mendapatkan laporan kedudukan stok yang lebih tepat.

Penyimpanan Stok Buku

Stok buku hendaklah disimpan di tempat yang sesuai dan selamat bagi menjamin

kualiti buku. Semakan Audit mendapati terdapat stok buku yang diletak di atas

lantai kerana ruang tidak mencukupi dan terdapat juga stok buku ditempatkan

bersebelahan stok makanan. Sungguhpun stok buku ini dibalut bagi menjamin

kualiti buku, risiko buku rosak dalam penyimpanan adalah tinggi.

Pemeriksaan di lokasi telah dibuat pada 18 Jun 2012 dan

mendapati stok buku berada dalam keadaan baik.

524

524

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!