02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Pada pendapat Audit, Lembaga Pengarah perlu memastikan pihak pengurusan

memantau prestasi penggunaan setiap modul yang dibangunkan di bawah Total

Management Information System bagi memastikan objektif pembangunannya

tercapai.

63.5.2.2.c.i

Penyimpanan Stok Buku – Stor Buku ITBM

Tiada Prosedur Operasi Standard Bagi Urusan Stor Buku

Semakan Audit mendapati prosedur operasi standard berkaitan urusan penerimaan

stok buku, perekodan stok dan pengeluaran stok tidak disediakan bagi

memudahkan urusan pemantauan stok buku. Mengikut amalan, Borang Permintaan

Buku diisi untuk urusan pengeluaran buku bagi rekod Bahagian Kewangan dan Unit

Stor. Auto Count POS System digunakan bagi merekod dan mengemas kini stok

keluar/stok masuk. Setiap awal bulan, pengiraan stok secara manual dijalankan

oleh kakitangan Unit Stor dibantu oleh pegawai Bahagian Kewangan bagi

mendapatkan baki bilangan stok keseluruhan.

SOP pengurusan stor buku sedang disediakan dan akan

dibincangkan dalam Mesyuarat Pengurusan ITBM 21 September

2012 sebelum dibawa ke Mesyuarat Lembaga Pengarah ITBM

pada bulan Oktober 2012.

Berdasarkan maklum balas ITBM, tindakan segera akan diambil bagi menyediakan

prosedur operasi standard ini selewat-lewatnya penghujung tahun 2012.

Tiada Pelabelan Bagi Menunjukkan Lokasi Buku

Lokasi buku di dalam stor hendaklah dilabelkan bagi memudahkan pengesanan

serta pemantauan buku. Semakan Audit mendapati lokasi buku di dalam stor tidak

dilabelkan di rak buku.

Berdasarkan maklum balas ITBM, tindakan segera akan diambil dengan

menyediakan pelabelan bagi menunjukkan lokasi buku selewat-lewatnya

penghujung tahun 2012.

Pelabelan semula akan dilaksanakan secara berperingkatperingkat

mengikut perancangan sebelum 30 November 2012.

Pada masa ini, ITBM sedang mengubahsuai rak buku sedia ada

bagi memudahkan penyusunan dan pelabelan.

Perbezaan Baki Stok Buku Antara Rekod Dan Kiraan Fizikal

Pemeriksaan Audit pada 15 Disember 2011 di stor buku ITBM mendapati kiraan

fizikal Audit berbeza dengan baki stok yang dikunci masuk ke dalam Auto Count

POS System. Antara faktor berlaku perbezaan perkiraan adalah kerana rekod

keluar/masuk stok buku tidak dikemaskinikan secara harian ke dalam sistem dan

kiraan manual bagi mengesahkan baki stok yang tersimpan hanya dijalankan sekali

setiap bulan.

SOP pengurusan stor buku sedang disediakan dan akan

dibincangkan dalam Mesyuarat Pengurusan ITBM 21 September

2012 sebelum dibawa ke Mesyuarat Lembaga Pengarah ITBM

pada bulan Oktober 2012.

Berdasarkan maklum balas, penguatkuasaan ke atas prosedur penerimaan dan

pengeluaran buku akan ditingkatkan bagi memastikan setiap transaksi direkodkan.

523

523

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!