02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

iii. Membuat pemantauan dari segi kuantiti kerja setiap

penterjemah melalui statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian

Kewangan & Perolehan ITBM dalam tempoh 3 bulan sekali

iaitu bermula pada 30 September 2012 dan seterusnya.

Walau bagaimanapun, masih terdapat keperluan menggunakan

penterjemah berkualiti dan efisien yang sama secara berterusan

khususnya bagi dokumen yang melibatkan bahasa asing dan

teks teknikal yang mempunyai bilangan penterjemah yang

terhad di dalam negara.

63.5.2.2.b.ii

Pengemaskinian Data Ke Dalam Modul Stock And Inventory System Masih

Belum Dijalankan

Semakan Audit mendapati data stok buku masih belum dikemas kini ke dalam

modul Stock and Inventory System.

Pada pendapat Audit, bagi memudahkan kawalan dan keputusan dibuat mengenai

stok buku, modul ini perlu segera digunakan.

Modul Stock and Inventory System (SIS) bagi stok buku yang

diguna pakai berjalan lancar dan semua data telah dimasukkan

dan dikemas kini secara berterusan.

Berdasarkan maklum balas ITBM, modul sistem tersebut telah diserahkan oleh

kontraktor pada bulan November 2011. Semasa lawatan Audit pada bulan Oktober

2011, modul tersebut sedang dalam proses percubaan guna pakai oleh staf ITBM.

Bagaimanapun, modul sistem tersebut telah diguna pakai dan data telah

dimasukkan setelah proses percubaan selesai iaitu pada bulan Februari 2012.

63.5.2.2.b.iii

Salinan Manuskrip Tidak Dimuat Naik Ke Dalam Server

Semakan Audit terhadap sampel manuskrip mendapati semua salinan manuskrip

disimpan dalam external hard disk dan compact disc di bawah kawalan seorang

Eksekutif Penerbitan. Bagaimanapun, salinan softcopy tidak dimuat naik ke dalam

server. Sebagai langkah kawalan dalaman bagi memastikan manuskrip disimpan

dengan selamat, adalah wajar sekiranya salinan manuskrip dimuat naik ke dalam

server melalui Total Management Information System supaya sistem yang

dibangunkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Penggunaan Document Management System (e-DMS) masih di

peringkat percubaan. ITBM akan membeli server baharu pada

30 November 2012 bagi memenuhi keperluan kapasiti storan.

Penggunaan sepenuhnya adalah pada 31 Disember 2012.

Berdasarkan maklum balas ITBM, oleh sebab terdapat ketidakpastian berhubung

saiz penyimpanan data yang diperlukan semasa penyediaan dokumen tender,

didapati ruang penyimpanan data sedia ada tidak dapat menampung keperluan

untuk memuat naik keseluruhan salinan manuskrip. Bagi melaksanakan proses

memuat naik keseluruhan salinan manuskrip, modul sistem Document Management

System (e-DMS) digunakan sepenuhnya selewat-lewatnya pada hujung tahun

2012.

522

522

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!