02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

63.5.2.2.b.i

Data Penterjemah Masih Belum Dikemas Kini Ke Dalam Modul Translation

Management System

Semakan Audit mendapati data lengkap senarai penterjemah masih belum dikemas

kini dalam sistem.

Pada pendapat Audit, data penterjemah yang berdaftar dengan ITBM perlu dikemas

kini dalam modul tersebut bagi memudahkan Bahagian Terjemahan memilih

penterjemah bersesuaian dengan kepakaran supaya kualiti kerja serta kerja

terjemahan tidak diberikan kepada individu dan syarikat yang sama.

Berdasarkan maklum balas ITBM, data penterjemah menggunakan modul

Translation Management System sedang dikemas kini kerana semasa lawatan

Audit pada bulan Oktober 2011, modul sistem tersebut masih belum diguna pakai

oleh ITBM. Semua data penterjemah sedia ada telah dimasukkan ke dalam modul

sistem tersebut dan proses ini dibuat secara berterusan bagi pendaftaran

penterjemah baru.

Sistem Pengurusan Terjemahan (TMS) telah digunakan

sepenuhnya pada 29 Februari 2012 dan data penterjemah

dikemas kini secara berterusan. Maklumat yang terkini telah

dikemas kini dalam pangkalan data MIS dan berdasarkan rekod

terkini jumlah pendaftaran adalah seperti berikut:

a. Penterjemah : 1416 orang

b. Penyunting : 373 orang

c. Jurubahasa : 411 orang

d. Pembaca Pruf : 12 orang

e. Pengatur huruf : 7 orang

Bagi memastikan data tersebut diguna pakai, mulai 1 April 2012,

setiap bayaran kepada individu dan syarikat yang memberi

khidmat kepada ITBM perlu disertakan dengan nombor

pendaftaran.

i. Bagi memilih penterjemah yang sesuai dengan kepakaran

masing-masing, pihak ITBM sentiasa mendapatkan penterjemah

sambilan baharu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran

dalam bidang khusus terdiri daripada pensyarah universiti,

penjawat awam dan ahli profesional. Selain itu, penterjemah

baharu ini juga dilatih melalui kursus penterjemahan yang

dianjurkan oleh ITBM dari semasa ke semasa. Sebagai contoh,

melalui aktiviti bengkel penerbitan yang dianjurkan oleh ITBM,

Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP), terdapat ramai penulis yang juga berminat untuk

mendaftar sebagai penterjemah sambilan. Walau

bagaimanapun, setiap pendaftaran akan melalui ujian

terjemahan.

ii.

Antara kaedah untuk memastikan kerja terjemahan tidak

diberikan kepada individu dan syarikat yang sama, ITBM akan

mengambil tindakan berikut :-

i. Pemilihan penterjemah melalui perbincangan dengan Ketua

Bahagian dalam kes-kes tertentu mulai 1 September 2012.

ii. Membuat pemantauan dari semasa ke semasa dengan

memastikan pengurus projek merekodkan nama penterjemah

dalam buku log berserta butiran lengkap setiap projek

terjemahan yang dilaksanakan.

521

521

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!