02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Berdasarkan maklum balas, ITBM bersetuju dengan penemuan Audit dan akan

memastikan setiap projek ICT dipantau dengan lebih rapi pada masa hadapan.

Antara tindakan penambahbaikan yang diambil adalah syarikat ini telah

membangunkan SOP bagi Perolehan Kewangan dan diguna pakai untuk setiap

perolehan. Semua projek ICT melibatkan pihak berkepentingan selaku pelaksana

dikawal selia oleh Bahagian Pentadbiran Dan Teknologi Maklumat serta dipantau

oleh Jabatan Korporat bagi memastikan kelancaran projek. Semua projek tersebut

dikendalikan mengikut prosedur perolehan kewangan dan mendapat kelulusan

daripada Jawatankuasa Perolehan ITBM atau Lembaga Pengarah ITBM.

Pada pendapat Audit, projek ini tidak dilaksanakan dengan teratur menyebabkan

pembangunan e-Kamus dan e-Book tidak mencapai objektifnya serta peruntukan

yang disalurkan oleh pihak KPM tidak memberi value for money kepada ITBM. Bagi

projek ICT seumpama ini di masa hadapan, Lembaga Pengarah perlu memastikan

bahawa kontrak yang ditandatangani mengandungi klausa yang menjamin

kepentingan syarikat serta pemantauan rapi dibuat oleh pengurusan ITBM.

iii. Tidak mesra pengguna dari segi penggunaannya yang

memerlukan penukaran bateri baharu setiap kali jangka hayat

bateri tamat. Pengguna juga terpaksa menyalin semula e-Book

tersebut ke dalam e-Book Reader selepas memasukkan bateri

baharu. Memorinya juga terhad kepada 16MB sahaja atau lebih

kurang 20 judul buku.

iv. Hanya e-Book yang berformat khusus untuk e-Book Reader

sahaja boleh dibaca.

v. Kontraktor tidak menjelaskan secara terperinci tentang User

Requirement Specification (URS) produk walaupun sistem telah

dibangunkan.

vi. Dalam perjanjian juga tidak dinyatakan spesifikasi khusus

bagi khidmat dan produk yang ditawarkan.

Secara kesimpulannya, projek ini tidak mencapai objektifnya

kerana tidak memberi value for money kepada ITBM. Ini kerana

terdapat perisian yang serupa di pasaran ketika itu dan boleh

dibeli dengan harga serendah RM80.00/unit seperti perisian

yang dijual melalui laman web. Selain itu, terdapat perisian

seperti Dewan Eja yang boleh diperoleh dengan harga tidak

melebihi RM300.00/lesen.

Dengan pertukaran pucuk pimpinan ITBM mulai

30 November 2007, projek ini dinilai dengan melantik konsultan

bagi memastikan produk yang dihasilkan mengikut spesifikasi

yang telah dipersetujui. Berdasarkan penilaian yang dibuat,

ITBM telah membuat keputusan menamatkan kontrak dengan

persetujuan bersama kontraktor atas sebab berikut :-

i. Kontraktor tidak bersungguh dalam memberikan maklum

balas setelah teguran dibuat.

ii. Tempoh masa menyediakan projek telah terlewat hampir 6

bulan.

iii. Keupayaan memahami kehendak ITBM dan keupayaan

menyediakan sistem selaras spesifikasi yang telah

dipersetujui kedua-dua pihak agak terbatas.

519

519

iv. Memerlukan tempoh masa yang lebih lama untuk

menyelesaikan projek ini.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!