02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Selain itu, ITBM juga mempromosikan khidmatnya melalui

Facebook dan Twitter serta siaran akhbar dari semasa ke

semasa. Iklan penganjuran kursus bagi tahun 2013 di akhbar

akan dibuat pada bulan November 2012, Mac 2013 dan Julai

2013.

63.5.2.2.a

Projek e-KAMUS Dan e-BOOK Gagal Mencapai Objektif

i. Syarikat 3F Resources Sdn. Bhd. telah melaporkan beberapa kelemahan hasil

semakan kedua Limited Review Due Diligence yang dijalankan pada 15 Ogos

2008. Antara kelemahan yang dilaporkan adalah tiada dokumen User

Requirement Specification (URS); kewujudan Morphology Module tidak dapat

disahkan kerana tidak dinyatakan dalam dokumentasi yang disediakan atau

source code yang diserahkan serta Spellchecker Module tidak berfungsi.

Perunding telah mengesyorkan supaya ITBM memastikan Amaniz

mengemukakan dokumen URS dan Spellchecker Module berfungsi.

ii.

Pada 26 September 2008, satu Settlement Agreement telah ditandatangani

antara ITBM dan Amaniz bagi menamatkan kontrak. Bayaran penyelesaian

berdasarkan perjanjian tersebut adalah berjumlah RM400,000. Ini menjadikan

keseluruhan bayaran kepada Amaniz adalah berjumlah RM1.38 juta

berbanding kos asal iaitu RM2.05 juta. Segala hasil projek diserahkan kepada

ITBM sebagai pemegang hak cipta. Pihak Audit tidak dapat mengenal pasti

faktor yang membawa kepada Settlement Agreement berkenaan

ditandatangani memandangkan tiada sebarang maklumat mengenainya.

Berdasarkan maklum balas, ITBM mengambil keputusan untuk menamatkan

kontrak tersebut memandangkan sistem ini tidak boleh diguna pakai kerana tidak

menepati pasaran semasa. Sekiranya projek tersebut diteruskan, penambahan kos

akan berlaku. Jika mengikut perjanjian, e-Book reader ini perlu diedarkan ke semua

sekolah di seluruh Malaysia. Memandangkan spesifikasi e-Book reader ini tidak

memenuhi piawaian semasa, pihak pengurusan mengambil keputusan agar sistem

ini tidak diedarkan agar nama baik syarikat tidak terjejas.

iii. Tiada bukti menunjukkan kemajuan pelaksanaan projek dibincangkan dari

semasa ke semasa dalam mesyuarat pengurusan ataupun mesyuarat

Lembaga Pengarah.

iv. Lawatan Audit ke Bahagian Teknologi Maklumat ITBM pada 9 Januari 2012

mendapati 500 unit ectaco partner B3 e-Book reader yang berharga

RM355,000 dan perisian e-Kamus tidak berfungsi sebagaimana yang

ditetapkan dalam kontrak.

Projek e-Kamus dan e-Book telah ditamatkan melalui Settlement

Aggreement dengan kontraktor pada

26 September 2008. Produk tersebut kini tidak dapat diguna

pakai kerana terdapat beberapa kelemahan seperti berikut :-

e-Kamus

i. perisian e-Kamus yang telah dibangunkan kontraktor tidak

memenuhi spesifikasi standard semasa dan didapati tidak

dibangunkan dengan sempurna iaitu bagi modul morphology,

modul spellchecker dan modul sound (bahasa Melayu).

ii. Kontraktor tidak menjelaskan secara terperinci tentang User

Requirement Specification (URS) produk walaupun sistem telah

dibangunkan.

iii. User Acceptance Test (UAT) tidak dijalankan dengan

sempurna iaitu tidak menguji tahap keberkesanan perisian e-

Kamus bagi modul morphology, spellchecker dan sound.

Terjemahan hanya dapat dilakukan bagi kata dasar sahaja dan

tidak bagi perkataan berimbuhan.

iv. Dalam perjanjian juga tidak dinyatakan spesifikasi khusus

bagi khidmat dan produk yang ditawarkan.

e-Book

i. 20 judul e-Book yang dibangunkan untuk projek e-book tidak

dapat dilihat seperti buku asal kerana peranti e-Book Reader

tersebut tidak memaparkan gambar rajah dengan jelas. Selain

tidak boleh memaparkan huruf dalam bahasa Arab.

ii. Peranti didapati telah ketinggalan dari segi teknologinya dan

tidak serasi dengan Sistem Pengoperasian terkini pada masa

tersebut iaitu Windows Vista dan Windows 7.

518

518

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!