02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

berjumlah RM841,106 sebulan. KFM telah menuntut bayaran bulanan mengikut

pecahan jenis dan nilai kerja, namun butiran tuntutan tersebut masih tidak jelas dan

menyukarkan urusan penilaian terhadap setiap kerja yang dilaksanakan.

kontrak perkhidmatan pembersihan, pencucian dan

dilaksanakan sendiri oleh PKPMP.

landskap

Berdasarkan maklum balas PKPMP, perkara ini ada kaitan dengan kaedah

pelantikan syarikat penyenggaraan semasa yang dilantik terus oleh Kementerian

tanpa melalui proses tender terbuka dan spesifikasi kerja tidak disediakan lebih

awal sebagaimana proses biasa. Spesifikasi kerja disediakan oleh pihak syarikat

yang telah dilantik itu secara audit on site sahaja. Sehubungan itu, untuk kontrak

yang akan datang, PKPMP telah mengambil tindakan memaklumkan kepada pihak

JKR yang menguruskan urusan perolehan perkhidmatan penyenggaraan di KMKL

untuk menyediakan spesifikasi kontrak penyenggaraan secara terperinci jenis kerja

yang dilakukan dan bukan secara lump sum seperti yang dilakukan dalam kontrak

yang sedang berlangsung ini bagi memastikan Kerajaan mendapat value for

money.

Pihak JKR telah menyatakan persetujuan berhubung

tanggungjawab tersebut melalui surat bertarikh 14 Mac 2012.

Untuk kontrak baru, bagi kontrak M&E, pihak JKR telah

bersetuju untuk menyediakan spesifikasi kerja dan nilai kerja

secara terperinci (bukan secara lump-sum).

Perkara ini telahpun dimasukkan dalam dokumen baru tender

yang sedang dicetak oleh JKR. PKPMP telah menyalurkan

sebanyak RM8,400.00 untuk tujuan mencetak dokumen tender

serta RM7,000.00 untuk tujuan pengiklanan tawaran tender.

Pihak PKPMP pula sedang menyediakan dokumen sebutharga

bagi perkhidmatan pembersihan, pencucian dan landskap dan

menyediakan spesifikasi kerja dan nilai kerja secara terperinci

(bukan secara lump-sum).

3.5.3.2 Pengukuran Kualiti Penyenggaraan Dan Denda

Bagi memastikan KFM melakukan kerja penyenggaraan dengan baik mengikut

standard yang ditetapkan, pihak KMKL hendaklah menetapkan Key Performance

Indicator (KPI). Sebagai contohnya bilangan aduan bulanan. Kegagalan mematuhi

KPI yang ditetapkan membolehkan elemen denda dikenakan terhadap KFM.

Semakan Audit mendapati tiada bukti yang menunjukkan KMKL telah membuat

pengukuran kualiti dan denda dikenakan terhadap KFM kerana tiada peruntukan

dalam kontrak yang menyatakan mengenainya.

Bagi kontrak penyenggaraan akan datang, elemen KPI akan

dimasukkan ke dalam kontrak.

Surat Jabatan ini kepada JKR bertarikh 19 Julai 2012 telah

meminta pihak JKR memasukkan keperluan ini di dalam skop

kerja yang sedang disediakan oleh JKR bagi perkhidmatan

penyenggaraan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Pihak Pengurusan KMKL bersetuju supaya mewujudkan satu kaedah pengukuran

kawalan kualiti bagi membantu meningkatkan kualiti penyenggaraan di KMKL.

Dokumen kontrak penyenggaraan yang telah disediakan oleh JKR boleh dijadikan

sebagai dokumen rujukan dalam menyediakan dokumen perjanjian penyenggaraan

yang akan datang. KMKL akan berhubung dengan pihak Mahkamah Persekutuan

dan JKR bagi perkara ini.

Pada pendapat Audit kaedah pembayaran secara lump sum perlu dikaji semula

dalam penyediaan kontrak penyenggaraan akan datang bagi memastikan pihak

Kerajaan mendapat value for money. Selain itu, pihak KMKL hendaklah

mewujudkan KPI dan bagi kerja yang tidak mencapai kualiti, denda hendaklah

dikenakan terhadap kontraktor.

40

40

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!