02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

menjamin kestabilan pendapatan. Seterusnya, bagi meningkatkan jualan dan

pemasaran khidmat jurubahasa, ITBM memeterai Memorandum Persefahaman

dengan jabatan dan agensi Kerajaan serta mempromosi khidmat kejurubahasaan

ITBM kepada penganjur persidangan antarabangsa atau pengelola majlis meliputi

sektor awam dan swasta.

Pada pendapat Audit, ITBM perlu lebih proaktif menjana pendapatan daripada 3

aktiviti syarikat yang lain iaitu khidmat terjemahan dokumen, kejurubahasaan dan

latihan/bengkel. ITBM mampu menjana keuntungan sebelum cukai antara RM5.21

juta hingga RM8.82 juta dari tahun 2008 hingga 2010, namun sumbangan terbesar

perolehan pendapatan bagi tahun tersebut adalah daripada projek KPM melalui

peruntukan yang disalurkan. Perolehan pendapatan jualan buku melalui pasaran

terbuka perlu dipertingkatkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada projek

KPM seterusnya mengurangkan risiko kestabilan pendapatan syarikat pada masa

hadapan.

Promosi jualan buku telah dibuat pada 13 Jun 2012 dalam

kalangan Perpustakaan Negeri (14 buah) dan diteruskan dengan

perpustakaan di IPTA dan IPTS serta perpustakaan di

jabatan/agensi kerajaan. Sehingga 5 September 2012,

Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah membuat pembelian

buku sebanyak RM21,177.00.

i. Selain MPH Distributors Sdn Bhd sebagai pengedar buku

ITBM, lima pengedar dan pembekal lain telah dilantik

melalui Program Keahlian Pengedar/Pembekal Buku ITBM

iaitu:-

a. Crescent News

b. MBC

c. Farana Book Resources

d. MHZ Knowledge Network

e. Kreatif Padu Marketing

Usaha menambah keahlian diteruskan dari semasa ke semasa.

ii. Sistem e-Beli-belah ITBM telah dipertingkatkan dengan

memasukkan jumlah bayaran penghantaran yang

membolehkan pesanan dibuat dari dalam dan luar negara

mulai Mei 2012. Dengan penambahbaikan ini, jumlah jualan

juga telah meningkat 162% dari RM520.00 pada bulan April

2012 kepada RM1,366.00 pada bulan Julai 2012.

Kebolehcapaian laman web ITBM juga dipertingkatkan bagi

memudahkan pengguna membeli buku ITBM melalui sistem

ini mulai 28 Februari 2013.

iii. ITBM telah menyertai jerayawara/ekspo buku khususnya

yang dianjurkan oleh IPTA, agensi kerajaan dan pihak

swasta dari semasa ke semasa. Bagi tempoh lapan bulan

pertama tahun ini, ITBM telah menyertai (23) jerayawara.

Terdapat tambahan 4 jerayawara lagi akan disertai sehingga

Disember 2012.

iv. Kertas cadangan untuk pembelian buku ITBM oleh badan

korporat sebagai salah satu tanggung jawab sosial (CSR)

telah disiapkan pada 16 Ogos 2012. ITBM juga telah

mengenal pasti 5 badan korporat bagi tujuan ini.

515

515

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!