02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN II

PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN

Perenggan 63 : Pengurusan Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM)

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

63.5.1.1.c

Analisis Pendapatan Dan Perbelanjaan

Bagi tahun 2008 hingga 2010, perolehan daripada projek KPM menyumbang antara

89.5% hingga 92.3% kepada jumlah pendapatan daripada khidmat terjemahan dan

penerbitan buku. Penyaluran peruntukan daripada KPM diiktiraf sebagai hasil

pendapatan pada tahun semasa setelah buku siap dicetak. Pada tahun 2009,

pendapatan daripada projek KPM diperolehi melalui penerbitan 80 judul buku

sastera tempatan yang diterjemahkan ke bahasa antarabangsa (seperti Inggeris

dan Perancis). Pengurangan pendapatan daripada projek KPM pada tahun 2010

adalah disebabkan ITBM tidak mendapat peruntukan semasa bagi cadangan projek

KPM pada tahun tersebut dan hasil yang dijanakan adalah melalui penerbitan buku

tahun sebelumnya. Dari tahun 2008 hingga 2010, pendapatan ITBM melalui hasil

pasaran terbuka menunjukkan trend penurunan. Hal ini menunjukkan perolehan

peruntukan melalui projek KPM memberikan impak yang besar dalam menyumbang

jumlah pendapatan kepada khidmat terjemahan dan penerbitan buku dan

pendapatan ITBM keseluruhannya.

63.5.1.1.d Lain-lain pendapatan menunjukkan peningkatan sebanyak 96.9% pada tahun 2010

berbanding 2009 disebabkan peningkatan pendapatan dividen, keuntungan

daripada pelaburan dan pelunasan peruntukan terjemahan (amortization of

translation grant) daripada KPM bagi Projek Terjemahan dan Penerbitan 130 Judul

Buku Matematik dan Sains berjumlah RM6.5 juta.

Berdasarkan maklum balas, ITBM sedang berusaha meningkatkan pendapatan

daripada khidmat utamanya dengan menilai potensi dan peluang baru berdasarkan

pelan strategik 5 tahun. Dari segi jualan dan pemasaran buku, ITBM berusaha

menggiatkan penjualan buku kepada perpustakaan awam dan luar negara;

meluaskan pengedaran ke seluruh negara melalui program Keahlian

Pengedar/Pembekal Buku ITBM; memperkasa sistem e-Beli-Belah serta menyertai

pesta buku yang diadakan seluruh Malaysia. Bagi meluaskan jualan dan

pemasaran khidmat terjemahan dokumen, ITBM berusaha meningkatkan usaha

promosi kepada pelanggan berpotensi institusi kewangan, syarikat korporat serta

kedutaan asing dengan menawarkan kadar istimewa kepada pelanggan tetap bagi

514

514

ITBM telah meningkatkan pendapatan jualan buku di pasaran

terbuka semenjak 2 tahun kebelakangan ini. Nisbah pecahan

bagi kedua-dua projek adalah seperti berikut:-

Tahun Projek Kerajaan

(PK)

Pasaran Terbuka

(PT)

2009 73 27

2010 57 43

2011 36 64

2012 (Jan-Jun) 67 33

2012 (Jan-

Julai)

62 38

Pencapaian tahun 2011 juga adalah melebihi sasaran syarikat

iaitu 50 : 50 (pasaran terbuka : peruntukan khas kerajaan).

Strategi Jualan dan Pemasaran Buku ITBM

(Sehingga 5 September 2012) :-

i. ITBM telah mendapat tender jualan 4 judul buku daripada

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membekal buku

ke Perpustakaan Desa. Judul yang terpilih ialah :-

a. Perkhidmatan Awam (481 naskhah)

b. Perdamaian Palestin Bukanlah Apartheid (481 naskhah)

c. Embracing The Knowledge Culture (481 naskhah)

d. The Path Through The Plantation (481 naskhah)

Jumlah jualan keseluruhan adalah sebanyak RM64,454.00.

Sedang menunggu keputusan pemenang tender pembekal oleh

PNM.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!