02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

61.6 Pencapaian Key Performance Index (KPI) Syarikat

61.6.1. Kementerian Kewangan telah mengeluarkan arahan kepada Syarikat MKD

terpilih untuk mengemukakan KPI syarikat bagi tempoh tahun 2009, 2010 dan 2011.

Pada bulan September 2009, syarikat yang dipilih untuk mengemukakan KPI telah

diarahkan agar memastikan pencapaian KPI masing-masing bagi tahun 2009 dan

2010 adalah sekurang-kurangnya 75%. Manakala pada bulan Mac 2011 syarikat

diarahkan agar memastikan pencapaian KPI masing-masing bagi tahun 2011

adalah sekurang-kurangnya 80%. Berdasarkan perkiraaan Audit, pencapaian

keseluruhan KPI syarikat MKD yang terpilih bagi tahun 2011 menunjukkan

penurunan iaitu 82% berbanding 93% pada tahun sebelumnya.

61.6.2. Semakan terhadap senarai pencapaian KPI syarikat bagi tahun 2011

mendapati 4 syarikat yang KPInya tidak mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (78%); Inno Bio Ventures Sdn Bhd (73.8%);

JARING Communications Sdn Bhd (47.5%) dan UDA Holdings Berhad (77.7%).

Semakan Audit lanjut mendapati tiada sebarang justifikasi diberikan oleh syarikat

berkenaan terhadap ketidakcapaian KPI tersebut.

Pada pendapat Audit, MKD perlu memastikan syarikat yang tidak mencapai KPI

memberikan justifikasi yang jelas serta pelan tindakan mereka terhadap

ketidakcapaian tersebut.

Inno Bio Ventures Sdn Bhd

Daripada 8 KPI yang ditetapkan oleh IBV bagi tahun 2011, IBV

berjaya mencapai 4 KPI manakala 4 KPI lagi terutamanya

berkaitan sasaran kewangan yang mewakili 40% daripada KPI

keseluruhan syarikat (IBV hanya berjaya mencapai 18.3%).

Sasaran kewangan menyasarkan penghasilan pendapatan dan

book order masing-masing sebanyak RM50 juta dan RM20 juta.

Ketidakcapaian sasaran KPI tersebut antara lainnya disebabkan

oleh peralihan pucuk pimpinan syarikat iaitu Pengarah Urusan

yang berpindah ke syarikat lain pada pertengahan tahun 2011, di

samping keadaan ekonomi global yang lembap dan tidak

menentu telah mempengaruhi keputusan firma farmaseutikal

global untuk mengilang sendiri produk-produk mereka.

Jaring Communications Sdn Bhd

Bagi JCSB pula, prestasi kewangan yang merosot teruk

berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh kehilangan

kontrak Kerajaan antaranya SchoolNet dan pelanggan utama

seperti PETRONAS berjumlah lebih daripada RM25 juta serta

penambahan peruntukan hutang lapuk berjumlah RM16.1 juta

mengakibatkan JCSB gagal mencapai sasaran KPI

kewangannya yang mewakili 70% daripada keseluruhan KPI

syarikat (pencapaian hanya 27.54%).

513

513

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!