02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

61.5.4.1 Pemakaian Pekeliling/ Arahan mengenai Syarikat Kerajaan

Semakan Audit mendapati MKD telah mengkaji pekeliling/arahan sedia ada dan

telah mengeluarkan beberapa pekeliling dan surat arahan seperti berikut:

a. Dasar berkaitan Subsidiari Syarikat MKD;

b. Dasar Dan Garis Panduan Pelantikan Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan

Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Syarikat;

c. Cadangan Semakan dan Penyeragaman Kadar Elaun Lembaga Pengarah Bagi

Institusi Kewangan Pembangunan;

d. Bayaran Elaun Lembaga Pengarah Syarikat MKD; dan

e. Urusan Korporat, Kewangan dan Prosedur Perolehan Syarikat MKD

61.5.4.2 Semakan Audit mendapati MKD juga masih meneliti Dasar dan Garis Panduan

Bayaran Bonus Syarikat MKD pada masa kini.

Berdasarkan maklum balas MKD, taklimat akan diberikan kepada syarikat

berkenaan sekiranya didapati sebahagian besar syarikat tidak memahami dasar

yang dikeluarkan.

Sehingga kini, syarikat-syarikat MKD tidak mempunyai masalah

untuk memahami dan mematuhi dasar-dasar yang dikeluarkan

oleh MKD. Perkara ini telah selesai.

Draf dasar dan garis panduan bayaran bonus syarikat MKD telah

disediakan dan dikemukakan untuk kelulusan pengurusan

Kementerian Kewangan.

Pada pendapat Audit, semakan semula pekeliling dan surat arahan yang

dilaksanakan oleh MKD adalah satu usaha yang baik untuk memastikan tadbir urus

syarikat yang baik. Sehubungan itu, bagi memastikan pengurusan syarikat benarbenar

faham tentang kehendak pekeliling dan surat arahan yang dikeluarkan, satu

sesi penerangan hendaklah dibuat kepada syarikat MKD. Wakil Kerajaan juga perlu

mendapat pendedahan tentang pekeliling/surat arahan yang dikeluarkan supaya

mereka dapat memainkan peranan dalam memastikan tindakan atau keputusan

syarikat adalah selari dengan pekeliling dan surat arahan yang dikeluarkan.

61.5.4.3 Jabatan Audit Negara mengesyorkan supaya MKD mengkaji semula semua M&A

syarikat dan memasukkan klausa yang berkenaan bagi memantapkan kawalan dan

pemantauan terhadap syarikat Kerajaan. Pihak MKD dalam jawapannya telah

bersetuju untuk mengkaji semula semua M&A syarikat. Semakan Audit mendapati

pada 24 April 2012, MKD telah mengeluarkan surat kepada syarikat milik Kerajaan

bagi mendapatkan maklumat awal tentang kewujudan klausa berkenaan di dalam

M&A syarikat. Pihak MKD juga memaklumkan bahawa setelah semua maklum

balas diperolehi, MKD akan mengangkat cadangan untuk meminda M&A syarikat

yang dikenal pasti kepada YB Menteri Kewangan II.

Sehingga kini, Bahagian MKD telah menerima maklum balas

daripada 48 daripada 61 syarikat MKD berhubung kewujudan

klausa berkenaan di dalam M&A syarikat. BMKD sedang dalam

proses mendapatkan maklum balas daripada 13 buah syarikat

yang masih belum mengemukakan maklum balas berkenaan.

Setelah semua maklum balas diperoleh, BMKD akan

mengangkat cadangan untuk meminda M&A syarikat yang

dikenal pasti untuk kelulusan pengurusan Kementerian

Kewangan.

512

512

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!