02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

sewajarnya.

61.5.2 Wakil Kerajaan Sebagai Ahli Lembaga Pengarah

Semakan Audit mendapati sehingga tarikh pengauditan ini, draf garis panduan

tersebut masih dalam pertimbangan MKD. Berdasarkan maklum balas pegawai

MKD, wakil Kerajaan hanya akan menyediakan laporan mengikut keperluan

sesuatu kes

Pada pendapat Audit, memandangkan peranan wakil Kerajaan dalam syarikat yang

dikuasai Kerajaan adalah penting, MKD perlu mempunyai mekanisme yang jelas

untuk menilai prestasi wakil Kerajaan dalam syarikat Kerajaan. Selain itu, pekeliling

berkaitan perlu segera dikeluarkan dan dikuatkuasakan untuk meningkatkan

keberkesanan peranan wakil Kerajaan.

Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 tahun 1985, Garis Panduan

mengenai pelantikan dan peranan Pegawai Kerajaan sebagai

Pengerusi, Ketua Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah

Perbadanan Awam, Syarikat-syarikat Kerajaan dan Syarikatsyarikat

kepentingan Kerajaan telah dikeluarkan oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA). Oleh itu, hanya JPA yang

mempunyai kuasa untuk mengkaji semula pekeliling tersebut.

Walau bagaimanapun, draf dasar dan garis panduan peranan

dan tanggungjawab wakil Kerajaan sebagai Lembaga Pengarah

syarikat-syarikat MKD telah disediakan oleh Bahagian MKD dan

dikemukakan untuk kelulusan pengurusan Kementerian

Kewangan. Draf garis panduan yang telah mengemas kini PP Bil

3. Tahun 1985 menggariskan antara lainnya keperluan wakil

Kerajaan untuk menyediakan laporan mesyuarat Lembaga

Pengarah yang dihadiri sekiranya terdapat isu yang memerlukan

tindakan/perhatian MOF/MKD.

61.5.3 Laporan Portfolio Pelaburan Bahagian MKD

Semakan Audit mendapati pada bulan April 2012, MKD telah menyediakan draf

rangka kerja pelaporan portfolio pelaburannya namun begitu ianya masih dalam

peringkat perbincangan. Penyediaan laporan portfolio ini boleh membantu

meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan MKD di samping memantau prestasi

setiap pelaburannya.

Berdasarkan maklum balas MKD, laporan interim portfolio pelaburan telah

dikemukakan kepada YB Menteri Kewangan II untuk makluman beliau berhubung

prestasi syarikat-syarikat MKD. Selanjutnya, Bahagian MKD (BMKD) kini dalam

tindakan menyediakan laporan akhir bagi tahun kewangan 2011 berdasarkan

parameter yang menyeluruh bagi menilai prestasi sebenar syarikat MKD.

Pada pendapat Audit, usaha MKD ini perlu dipertingkatkan bagi memastikan

penyediaan rangka kerja laporan portfolio disegerakan secara komprehensif dan

dilaporkan kepada Menteri Kewangan secara berkala.

Format untuk Laporan Tahunan Portfolio Pelaburan bagi tahun

kewangan 2011 telah disediakan berdasarkan parameterparameter

yang sesuai dan menyeluruh bagi kategori syarikatsyarikat

yang menjalankan aktiviti komersial, bukan komersial,

DFI, SPV, pegangan minoriti dan saham khas.

Syarikat-syarikat telah diminta untuk mengemukakan maklumat

mengikut format tersebut melalui surat bertarikh 3 Ogos 2012

dan Laporan Portfolio Tahun 2011 akan disediakan berdasarkan

maklumat tersebut. Sehingga kini, BMKD telah menerima

maklum balas daripada 30 daripada 103 syarikat dan database

telah diwujudkan untuk memasukkan data/maklumat yang

diterima.

511

511

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!