02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

61.5.1 Pelantikan Pengerusi/Ahli Lembaga Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif

itu, JCSB telah mencatatkan penurunan dalam kerugian bersih

kepada RM8.97 juta daripada 9.38 juta pada tahun 2009.

Jumlah liabiliti juga menurun kepada RM71.94 juta berbanding

RM108 juta pada tahun sebelumnya.

Berdasarkan KPI yang disasarkan bagi tahun 2010, JCSB

didapati berjaya mencapai 84.04% di mana pencapaian

tersebut adalah melebihi pencapaian bagi tahun sebelumnya

serta mencapai sasaran KPI yang ditetapkan oleh Kementerian

Kewangan untuk syarikat MKD pada tahap 75.0% bagi tahun

2010.

Export – Import Bank Of Malaysia Berhad

Penurunan pendapatan operasi adalah disebabkan oleh

peningkatan jumlah tuntutan insurans daripada pengeksportpengeksport

sehingga menyebabkan kemerosotan ketara dalam

underwriting result. EXIM Bank juga membuat peruntukan

kerugian atas pinjaman berstatus Pinjaman Tidak Berbayar

(NPL) sebanyak RM391.3 juta yang telah menyebabkan

kerugian sebanyak RM300 juta.

Adalah didapati pada tahun 2011, MKD telah menyediakan draf Dasar dan Garis

Panduan Pelantikan Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai

Eksekutif/Pengarah Urusan Syarikat-syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan.

Semakan Audit mendapati Dasar dan Garis Panduan tersebut telah dikemukakan

kepada Menteri Kewangan pada 9 November 2011 dan diluluskan pada

24 November 2011. Antara perkara penting yang terkandung di dalam garis

panduan tersebut ialah kriteria pelantikan, gaji minimum Ketua Pegawai

Eksekutif/Pengarah Urusan Syarikat, terma dan syarat pelantikan serta elaun Ahli

Lembaga Pengarah di dalam subsidiari. Dengan adanya dasar dan garis panduan

ini, proses pelantikan Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai

Eksekutif/Pengarah Urusan Syarikat akan lebih konsisten, telus dan seragam.

Tindakan seperti yang dikehendaki dalam memo bertarikh

9 Januari 2012 telah dipatuhi oleh semua pegawai di BMKD dan

didokumenkan. Perkara ini dianggap selesai.

Berdasarkan maklum balas MKD, satu memo dalaman bertarikh 29 Mei 2012

berhubung proses pelantikan Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua

Pegawai Eksekutif syarikat berserta proses kerja telah diedarkan kepada semua

pegawai MKD untuk dipatuhi.

Pada pendapat Audit, pihak MKD perlu memastikan pelantikan Pengerusi, Ahli

Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Syarikat dan

mematuhi garis panduan yang telah diluluskan dan didokumenkan dengan

510

510

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!