02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

509

509

Pembayaran bonus telah dipertimbangkan berdasarkan

pencapaian KPI tahunan serta hanya diberikan kepada tenaga

kerja yang layak sahaja mengikut kriteria dan rating yang telah

ditetapkan. Ianya bagi memastikan para pekerja IWK terus

bermotivasi untuk meningkatkan prestasi kerja masing-masing

demi kelestarian perkhidmatan pembetungan awam.

Inno Bio Ventures Sdn Bhd

Pembayaran insentif sebulan gaji kepada kakitangan IBV

adalah mengambil kira pencapaian KPI dan komitmen

kakitangan serta sumbangan IBV dalam sektor bioteknologi

negara pada tahun 2010.

Berdasarkan kepada Penyata Kewangan Kumpulan IBV bagi

tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, pendapatan

kumpulan syarikat telah meningkat kepada RM3.85 juta

berbanding sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak RM2.59

juta. Walau bagaimanapun, kerugian selepas cukai pada tahun

2010 telah meningkat kepada RM35.15 juta berbanding

RM17.87 juta pada tahun 2009 berikutan adanya kos penjualan

(cost of sales) dan peningkatan dalam perbelanjaan operasi

seperti susut nilai dan kos kewangan.

Berdasarkan KPI yang disasarkan bagi tahun 2010, Kumpulan

IBV didapati berjaya mencapai 75.88%, di mana pencapaian

tersebut melebihi pencapaian bagi tahun sebelumnya serta

melepasi sasaran KPI yang ditetapkan oleh Kementerian

Kewangan untuk syarikat MKD pada tahap 75.0% bagi tahun

2010.

Jaring Communication Sdn Bhd

Pembayaran saguhati sebanyak RM500.00 kepada kakitangan

Jaring Communications Sdn Bhd (JCSB) adalah sebagai

penghargaan kepada sumbangan kakitangan yang masih setia

berkhidmat dengan JCSB walaupun kedudukan syarikat tidak

begitu kukuh.

Berdasarkan kepada Penyata Kewangan Jaring

Communications Sdn Bhd (JCSB) bagi tahun kewangan

berakhir 31 Disember 2010, pendapatan syarikat telah

meningkat sebanyak 3.1% kepada RM128.37 juta. Di samping

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!