02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

508

508

KTMB melalui surat bertarikh 21 Julai 2010 telah menghantar

permohonan bonus sebanyak satu (1) bulan gaji bagi tahun

2009 kepada Kementerian Kewangan Malaysia.

Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 10 November

2010 telah meluluskan permohonan tersebut.

Namun pembayaran adalah dianggap sebagai ‘ex-gratia’ dan

bukan bonus seperti berikut:

i. Satu (1) bulan gaji pokok atau minimum RM1,000 mengikut

mana yang lebih tinggi, kepada kakitangan yang layak dan

ditolak dengan bayaran bantuan khas kewangan tahun

2010 sebanyak RM500 yang telah dibayar terlebih dahulu.

ii. Bayaran baki ex-gratia dibayar pada bulan Disember 2010.

Syarikat Prasarana Negara Berhad

Pembayaran ex-gratia dibuat berdasarkan prestasi kakitangan

yang telah menyumbang untuk menyiapkan projek (CAPEX

upgrading) yang siap tepat pada waktunya. Ex-gratia juga

dibayar berdasarkan kepada kakitangan yang cemerlang dalam

menyumbang tenaga untuk memastikan operasi pengangkutan

awam terus berjalan lancar tanpa sebarang gangguan (social

obligation).

Pembayaran ex-gratia bagi tahun 2010 yang telah dibayar

adalah berdasarkan kepada pencapaian Petunjuk Prestasi

Utama (KPI) yang telah dikemukakan dan diluluskan oleh pihak

Kementerian. Pemberian ex-gratia adalah berdasarkan kepada

justifikasi yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah dan

juga Kementerian.

Indah Water Konsortium Sdn Bhd

Sejak pengambilalihan IWK oleh Kerajaan pada tahun 2000,

operasi syarikat pembetungan ini lebih berorientasikan khidmat

sosial kepada masyarakat berbanding keuntungan.

Justeru, penetapan KPI bagi IWK lebih menjurus kepada

pencapaian operasi dan perkhidmatan pembetungan yang

diberikan seperti tempoh masa yang diambil ke atas aduan

pelanggan dan sebagainya berbanding parameter kewangan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!