02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

61.4.10 Pembayaran Bonus Kepada Kakitangan

(savings) hasil daripada perbelanjaan berhemah dan juga

keuntungan daripada pelaburan deposit bank. Penjimatan dan

keuntungan tersebut pula diperlukan untuk membiayai projekprojek

dalam pelaksanaan seperti projek infrastruktur ICT dan

juga untuk menampung Dana Mengurus daripada Kerajaan yang

semakin berkurangan.

Di samping itu, walaupun Syarikat telah merekodkan lebihan/

keuntungan selama 3 tahun berturut-turut, BiotechCorp masih

tidak mempunyai baki keuntungan terkumpul (retained profit)

yang diperlukan bagi membolehkan pengagihan dividen dibuat.

Pada 31 Disember 2010, Syarikat mempunyai kerugian

terkumpul (accumulated losses) seperti yang ditunjukkan di

dalam Imbangan Duga (Balance Sheet) sebanyak RM22 juta.

Didapati 9 syarikat mengalami kerugian telah membuat pembayaran bonus /

imbuhan / ex-gratia bagi tahun 2010. Daripada jumlah tersebut, 2 daripadanya telah

membuat pembayaran bonus manakala 7 syarikat lagi telah membayar imbuhan/exgratia.

Semakan Audit selanjutnya mendapati tiada garis panduan/polisi bertulis

mengenai pemberian kelulusan pembayaran ex-gratia.

Berdasarkan maklum balas MKD, cadangan dasar baru pembayaran bonus kepada

syarikat MKD dibuat berdasarkan pencapaian prestasi KPI tahunan syarikat yang

ditetapkan. Setiap syarikat perlu menetapkan KPI setiap tahun yang merangkumi di

antaranya parameter kewangan, obligasi sosial, pembangunan negara dan lain-lain

parameter yang wajar mengikut objektif penubuhan syarikat. Pencapaian

kewangan syarikat sama ada mencatat keuntungan atau kerugian merupakan salah

satu daripada KPI tahunan yang ditetapkan untuk syarikat MKD. Oleh itu,

pembayaran bonus yang dibuat kepada 9 syarikat yang mengalami kerugian adalah

berdasarkan parameter KPI lain yang dicapai oleh syarikat tersebut.

Draf dasar dan garis panduan bayaran bonus syarikat MKD telah

disediakan dan dikemukakan untuk kelulusan pengurusan

Kementerian Kewangan.

Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME

Bank)

Walaupun SME Bank mencatatkan kerugian bagi tahun

kewangan berakhir 31 Disember 2010, namun secara

keseluruhan SME Bank telah menunjukkan prestasi yang lebih

baik dengan pengurangan sebanyak 19.2% dalam Kerugian

bersih iaitu daripada RM79.58 juta (2009) kepada RM64.32 juta

(2010) yang disumbangkan oleh prestasi aktiviti perbankan Islam

yang menggalakkan. Bagi pencapaian bukan kewangan pula,

SME Bank telah mencapai KPI yang agak baik bagi tahun 2010

iaitu sebanyak 76.3%.

Pemberian bonus/ex-gratia kepada kakitangan Bank

Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank) adalah sebagai

satu inisiatif syarikat untuk mengurangkan kadar employee

turnover dengan mengekalkan kakitangan yang berbakat di SME

Bank. Selain itu, ia boleh dilihat sebagai dorongan kepada

kakitangan SME Bank untuk mempertingkatkan usaha bagi

memulihkan kedudukan tunai syarikat pada masa akan datang.

Keretapi Tanah Melayu Bhd

507

507

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!