02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

3.5.1.3 Penyenggaraan Mekanikal

Kerja mekanikal adalah kerja penyenggaraan yang antaranya melibatkan

pembaikan lif, penyaman udara, pengudaraan, pelawas udara, pengudaraan di

tempat letak kereta, sistem sprinkler dan sistem makluman kebakaran. Semakan

Audit mendapati kerja mekanikal yang kurang sempurna dan telah diambil tindakan

selepas teguran Audit.

Pihak KMKL memaklumkan, kerja-kerja penyenggaraan untuk sistem mekanikal di

Mahkamah Kuala Lumpur dilakukan pada setiap bulan mengikut ketetapan di dalam

kontrak. Semua sistem mekanikal berfungsi dengan lancar. Pihak KFM juga

mengambil tindakan susulan iaitu dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di

dalam bilik jentera dan sekitar kawasannya untuk memastikan bilik yang

diselenggarakan oleh pihak KFM berada dalam bersih dan persekitaran yang

selamat. Seterusnya, KMKL akan melakukan pemotongan bayaran selepas

pengesahan dibuat terhadap kerja-kerja elektrik yang tidak dilaksanakan

sebagaimana dinyatakan di dalam kontrak perjanjian di masa akan datang.

Kerja penyenggaraan untuk sistem elektrik telah dibuat secara

berterusan dan telah menjalankan pemeriksaan secara pro-aktif,

tidak berdasarkan aduan dan laporan semata-mata.

Di sepanjang 6 bulan pertama tahun 2012 kerja-kerja tersebut

telah dijalankan berdasarkan work order yang disediakan dan

telah disemak oleh staf mahkamah yang membuat laporan atau

oleh wakil KFM bagi kerosakan yang ditemui secara

pemeriksaan pro-aktif.

Walau bagaimanapun, mana-mana kerja-kerja pembaikan

berikutan teguran audit yang melibatkan kerja-kerja elektrikal

telah disahkan oleh wakil POJ iaitu Ridzwan Bin Fahrol Rozi

Juruteknik Mekanikal Gred J17 dalam senarai laporan induk.

3.5.1.4.b

Kerja Penyenggaraan Am

Lawatan Audit mendapati kerja am yang dilaksanakan terutamanya yang

melibatkan kerja landskap adalah kurang memuaskan kerana tidak disenggarakan

mengikut kekerapan/tempoh yang sesuai. Adalah didapati pokok hiasan tidak

disenggarakan, rumput yang ditanam telah mati dan ada juga rumput yang panjang.

Setelah pemerhatian Audit dibangkitkan tindakan pemotongan rumput dan

penanaman semula pokok hiasan telah dilaksanakan. Bagaimanapun keadaan

landskap di kawasan belakang mahkamah masih belum menunjukkan perubahan

yang ketara

Kerja-kerja tersebut telah dibuat di sepanjang tempoh 6 bulan

pertama tahun 2012. Walau bagaimanapun, pengesahan kerja

bagi penambahbaikan berikutan teguran audit telah dibuat oleh

wakil POJ iaitu Ridzwan Bin Fahrol Rozi Juruteknik Mekanikal

Gred J17 di dalam laporan induk.

Pihak pengurusan KMKL memaklumkan kerja penanaman rumput masih tidak

disenggarakan dengan baik dan telah meminta KFM menanam semula rumput,

mengembur, mengorek tanah, meletak top soil, baja dan menyuburkan kembali

rumput. KMKL akan mempertingkatkan lagi pemantauan ke atas penyenggaraan

landskap tersebut.

Pada pendapat Audit, pemantauan yang lebih kerap perlu dilakukan oleh pihak

KMKL bagi memastikan kerja landskap dilaksanakan.

3.5.1.5 Kerja Pembuangan Sampah

Antara skop kerja KFM termasuk penjagaan kebersihan bagi memastikan sisa

pelupusan sampah yang dikumpulkan di pusat pelupusan dalam bangunan diangkut

ke pusat pelupusan sisa atau rumah sampah yang telah ditetapkan untuk diangkut

Lokasi asal rumah sampah ialah di B1-ZE2-276 dalam pelan

bangunan. Pada Julai 2007 rumah sampah telah dipindahkan

ke bawah kantin bagi mengatasi masalah laluan.

38

38

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!