02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

ruang membaca perpustakaan basah, lembap dan menjejaskan kemasan cat pada

dinding. Kebocoran dan resapan pada dinding boleh/telah menyebabkan peralatan

besi berkarat dan merosakkan peralatan elektrik

Pihak Mahkamah Kuala Lumpur memaklumkan KFM telah melakukan pemeriksaan

dan mendapati rekahan yang berlaku pada struktur bangunan KMKL disebabkan

oleh sambungan di antara dinding bata dengan struktur rasuk dan struktur tiang

berbeza ketebalan lepaan yang digunakan di permukaan dinding bata berbanding

dengan permukaan struktur. Ketebalan lepaan yang berbeza pada interface antara

struktur dan bata ini menghasilkan kesan retakan apabila proses pengecutan

lepaan berlaku. KFM hanya mampu membuat pembaikan dengan menampal

retakan yang kecil secara ad hoc di tempat yang dilaporkan terdapat kebocoran

disebabkan banyak retakan di bangunan. Kerja memasang lapisan kalis air (Water

Proofing) dan kerja menambah Paip Saliran Air Hujan (Rain Water Down Pipe) telah

dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh JKR dengan kos berjumlah RM2.43 juta

bermula pada 3 Oktober 2011 hingga 27 Disember 2011. Bagaimanapun, kerja ini

masih tidak menyeluruh kerana memerlukan peruntukan tambahan. Kerja

pembaikan retakan adalah seperti di Gambar 3.16 dan 3.17, manakala kerja water

proofing adalah seperti di Gambar 3.18 dan 3.19.

Pihak JKR telah mencadangkan melalui surat bertarikh 14 Mac

2012 supaya kerja-kerja cat luaran bangunan dan pembaikan

keretakan pada dinding luar dilaksanakan secara kontrak/sebut

harga berasingan di luar skop kerja kontrak penyenggaraan ini

supaya kos senggaraan tidak meningkat.

JKR akan melaksanakan kerja ini pada tahun 2013 selepas

kontrak penyenggaraan dilantik melalui permohonan unjuran

peruntukan tambahan.

JKR semasa mesyuarat telah bersetuju untuk melantik JKR

mengikut disiplin masing-masing untuk membuat faciliti audit

bertujuan penyediaan kerja-kerja ke dalam kontrak

penyenggaraan baru. Urusan kontrak penyenggaraan ini

sedang disiapkan oleh JKR di peringkat penyediaan dokumen

tender. Sebanyak RM40,000.00 telah disalurkan kepada JKR

untuk urusan cetakan dokumen tender ini. Kontrak ini dijangka

akan ditawarkan kepada penender yang berjaya pada

1 Januari 2013.

Pihak JKR memaklumkan retakan yang berlaku adalah retakan bukan pada struktur

bangunan. Pihak kontraktor pembinaan (Johawaki Sdn. Bhd.) dan JKR juga

mengesahkan batu-bata yang digunakan untuk pembinaan dinding adalah bata

jenis Calcium Silicate Bricks yang mematuhi BS187:1978 serta telah diuji oleh pihak

SIRIM dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Selain itu, KFM memaklumkan terdapat retakan secara melintang di sekeliling

bangunan di bahagian luar dinding bangunan (Gambar 3.20 dan 3.21) adalah

disebabkan penyambungan dinding batu-bata dengan konkrit yang tidak sempurna.

Retakan tersebut jelas kelihatan di bahagian yang tidak dipasang ‘cornise dekoratif’.

Pihak JKR dan Johawaki memaklumkan berdasarkan lukisan pembinaan bangunan

adalah didapati memang tidak terdapat ‘cornise dekoratif’ di tempat yang

dinyatakan. Kesan retakan terjadi di tempat sambungan di antara batu-bata dan

rasuk konkrit adalah biasa berlaku.

Pada pendapat Audit pihak pengurusan KMKL perlu memastikan punca sebenar

retakan pada bangunan diambil perhatian dan pembaikan dilaksanakan dengan

kadar segera bagi mengelakkan berlaku kes retakan berterusan dan kebocoran

berulang. Penyenggaraan yang melibatkan kerja di bawah skop kerja KFM perlu

dipantau bagi memastikan tindakan pembaikan diambil segera.

36

36

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!