02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

HASIL PENGAUDITAN YANG DILAPORKAN SECARA RINGKAS

KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

Jabatan Imigresen Malaysia

Perenggan 59 : Pengurusan Aktiviti Pengeluaran Pasport

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

59.4.1 Pemeriksaan Audit di pejabat JIM yang dilawati mendapati pasport yang rosak

berpunca daripada masalah teknikal seperti pasport yang tersangkut semasa

percetakan, masalah tetapan pada mesin dan masalah kecacatan semasa

mencetak pasport tidak akan diganti/ditanggung oleh pembekal. Kos untuk

mengeluarkan senaskhah PMA adalah RM83.75 (RM59.25 senaskhah untuk PMA

dan RM24.50 senaskhah untuk Holographic Security Laminate). Analisis yang

dilakukan oleh pihak Audit di pejabat JIM yang dilawati mendapati bagi tempoh

tahun 2009 hingga bulan Ogos 2011 anggaran kos kerosakan pasport berpunca

daripada masalah teknikal berjumlah RM3.95 juta (47,114 x RM83.75).

Mengikut maklum balas JIM, kontrak pembekalan bahan habis guna ini telah tamat

pada 19 Mac 2012 setelah syarikat menghantar bekalan terakhir. Syarikat telah

bersetuju untuk menggantikan bahan habis guna bagi 101,123 naskhah pasport

yang rosak bernilai RM2,477,514. Penggantian tersebut adalah untuk keseluruhan

jumlah kerosakan pasport bagi tahun 2009 dan 50% daripada jumlah kerosakan

pasport bagi tahun 2007 dan 2008. Selain itu, rekod JIM menunjukkan penurunan

dari segi peratusan kerosakan pasport bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 iaitu

daripada 48,207 naskhah (3.5%) pada tahun 2009 kepada 27,826 (1.3%) pada

tahun 2011.

59.4.2 Kajian yang dijalankan oleh JIM Perak dari 24 Disember 2010 hingga 11 Julai 2011

terhadap HSL yang dipasang pada 2 mesin pencetak mendapati secara puratanya,

setiap gulung yang sepatutnya boleh mencetak sebanyak 500 naskhah pasport

hanya boleh mencetak sebanyak 484 naskhah dan 489 naskhah. Selain itu,

pemeriksaan Audit yang dijalankan di Bahagian Keselamatan Dan Pasport Ibu

Pejabat JIM Putrajaya mendapati satu daripada 5 gulung HSL yang dikira hanya

boleh dicetak 488 naskhah. Bagaimanapun, pembekal tidak akan membayar ganti

rugi ke atas kekurangan naskhah laminate tersebut kerana tiada klausa di dalam

kontrak yang menyentuh perkara tersebut.

Unit Stor Pusat, Bahagian Pentadbiran, Ibu Pejabat JIM sedang

membuat semakan terhadap rekod penerimaan bahan habis

guna sepanjang tahun 2010 dan 2011 bagi mengenalpasti tarikh

dan kuantiti serahan penggantian bahan habis guna seperti yang

dipersetujui.

Proses tender baru untuk pasport iaitu penukaran penggunaan

laminate kepada polycarbonate masih dalam proses pemurnian

draf kontrak di peringkat Jabatan sebelum dikemukakan kepada

Bahagian Perolehan Kementerian Dalam Negeri selewatlewatnya

sebelum 15 Ogos 2012 ini.

Mengikut perancangan awal, pengiraan semula bilangan

laminate bagi setiap gulung laminate yang telah digunakan akan

dibuat bagi menentukan jumlah sebenar laminate yang

dibekalkan sepanjang tahun 2010 hingga 2012.

Namun begitu, maklum balas yang diterima daripada Pejabat

Pengeluar Pasport menyatakan bahawa sebahagian gulung

laminate yang habis digunakan telah dilupuskan.

467

467

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!