02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

JABATAN PERDANA MENTERI (JPM)

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

Perenggan 3 : Pengurusan Penyenggaraan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

3.5.1.1.a

Penyenggaraan Sivil Dan Struktur

Kerja sivil dan struktur adalah kerja penyenggaraan yang antaranya melibatkan

pembaikan bumbung, siling, dinding, tingkap, pintu, lantai, pengemasan cat,

perparitan, struktur tiang batu dan struktur tiang besi. Berdasarkan jadual

penyenggaraan dalam kontrak, KFM dikehendaki memeriksa sebarang kerosakan,

keretakan dan kebocoran yang berlaku dan dibaiki atau diganti sekiranya perlu.

Berdasarkan maklum balas PKPMP, mesyuarat pertama berhubung perkara ini

telah diadakan pada 29 Mac 2012 untuk meneliti senarai pembaikan yang perlu

dilaksanakan. Setakat ini, kerja-kerja pembaikan telah dilaksanakan oleh KFM dan

PKPMP dengan kerjasama KMKL akan sentiasa memantau bagi memastikan

semua kerja penyenggaraan dan pembaikan yang perlu dilaksanakan telah diambil

tindakan oleh pihak KFM melalui mesyuarat bulanan yang diadakan.

Kerja-kerja penyenggaraan seperti termaktub di dalam kontrak

telah dijalankan secara berterusan oleh pihak KFM Holdings.

Bagi kerja-kerja pembaikan berikutan teguran audit telah

dilakukan juga selepas teguran audit disampaikan. Kerja-kerja

tersebut telah disahkan oleh wakil POJ iaitu Ridzwan Bin Fahrol

Rozi Juruteknik Mekanikal Gred J17. Beliau mengambil alih

tugas Ahmad Kamal bin Mohd, Juruteknik Mekanikal Gred J22

yang telah diberi tanggungjawab memantau kontrak Mahkamah

lain.

Ridzwan Fahrol Rozi telah menyediakan laporan kemajuan kerja

secara bertulis setiap kali pemeriksaan dan pengesahan kerja

dibuat. Sepanjang tempoh 2012 sebanyak 106 kerja perlu

dibuat dan perlu disahkan sebagaimana penemuan audit.

3.5.1.1.b

Pemeriksaan fizikal Audit mendapati beberapa keretakan dapat dilihat pada dinding

bangunan KMKL seperti di Gambar 3.7 hingga 3.10. Apabila berlaku hujan,

kebocoran dan resapan air kelihatan pada dinding, bumbung rata dan lubang pada

kubah di tengah bangunan KMKL. Kesan kebocoran ini telah menyebabkan

beberapa lokasi di dalam bangunan mahkamah termasuk dinding bangunan dan

35

35

Daripada sebanyak 106 kerja-kerja pembaikan yang

disenaraikan, sebanyak 105 kerja telah diselesaikan sehingga 2

Julai 2012, hanya gambar 57 iaitu Kubah – rubber strip yang

telah tertanggal masih belum diambil tindakan berikutan harga

pembaikan yang terlalu tinggi. Ianya akan dimasukkan ke dalam

kos penyelenggaraan pada tahun hadapan.

Perbincangan susulan berhubung masalah keretakan di dinding

KMKL telah dibuat dengan pihak JKR pada 23 Feb 2012 dan

29 Feb 2012 manakala pemeriksaan tapak pula telah diadakan

oleh JKR selepas mesyuarat tersebut mengikut disiplin kerja

masing-masing.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!