02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

HASIL PENGAUDITAN YANG DILAPORKAN SECARA RINGKAS

KEMENTERIAN KERJA RAYA / KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Perenggan 58 : Projek Pembinaan Kompleks Kementerian Dalam Negeri Di Langkawi, Kedah

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

58.2.1 Mengikut syarat kontrak, kontraktor asal perlu menyiapkan projek ini pada 30 Ogos

2009. Bagaimanapun, Prodabena Sdn. Bhd. gagal menyiapkan projek ini dan telah

ditamatkan pengambilan kerja pada 2 Mac 2010, di mana peratusan kemajuan kerja

pada tarikh tersebut adalah hanya 16%. Kontraktor penyelamat yang dilantik pula

iaitu Takdir Permai (M) Sdn. Bhd. perlu menyiapkan baki kerja pada 15 Oktober

2011. Namun, kemajuan kerja sebenar pada bulan Oktober 2011 adalah hanya

67%. Kontraktor tersebut telah diluluskan lanjutan masa selama 210 hari iaitu

sehingga 12 Mei 2012. Antara faktor utama lanjutan masa diberi adalah disebabkan

oleh perubahan susun atur dalam bangunan pentadbiran dan kelewatan

mendapatkan kelulusan bahan.

58.2.2 Semakan Audit mendapati kontraktor asal projek ini telah diberi bayaran

pendahuluan sejumlah RM9.14 juta. Bagaimanapun, JKR hanya dapat mengutip

balik bayaran pendahuluan berjumlah RM1.18 juta dan bakinya berjumlah RM7.96

juta tidak dapat dituntut disebabkan oleh kegagalan kontraktor melanjutkan tempoh

sah laku jaminan bank bagi bayaran pendahuluan selepas lanjutan masa diluluskan

serta kelewatan Pegawai Penguasa mengemukakan tuntutan baki bayaran

pendahuluan daripada pihak bank. Berdasarkan maklum balas JKR Kedah, lanjutan

daripada isu tersebut, pemantauan terhadap bayaran pendahuluan telah dijadikan

agenda tetap di dalam setiap mesyuarat tapak bagi kesemua projek JKR Kedah.

58.2.3 Semakan Audit mendapati JKR telah mengeluarkan sebanyak 5 surat amaran

kepada Prodabena Sdn. Bhd. antara bulan Mac hingga Mei 2009 untuk

memperbaiki prestasi kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor tersebut di tapak bina

kerja yang telah terhenti mulai 1 Mac 2009. Sungguhpun tiada sebarang kemajuan

ditunjukkan di tapak bina, Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja

Kontraktor hanya dikeluarkan pada 18 Januari 2010 iaitu 8 bulan selepas surat

amaran terhadap kemungkiran kontraktor dikeluarkan. Manakala Notis Penamatan

Pengambilan Kerja Kontraktor telah dikeluarkan oleh JKR pada 2 Mac 2010 iaitu 2

bulan selepas Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor

dikeluarkan. Berdasarkan maklum balas JKR Kedah, Notis Untuk Tujuan

Jabatan bersetuju dengan pandangan dan syor Audit. Untuk

makluman projek tersebut telah disiapkan sepenuhnya pada

12 Mei 2012 dan telah diserahkan kepada Kementerian Dalam

Negeri pada 29 Jun 2012. Bangunan tersebut telah pun

digunakan.

Pegawai Pengawal telah menubuhkan dan melantik

Jawatankuasa Siasatan Mengenai Kajian Audit Terhadap Projek

Pembinaan Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Langkawi,

Kedah pada 7 Jun 2012 sebagaimana disarankan oleh Timbalan

Ketua Audit Negara (Persekutuan) di dalam Exit Conference

Kajian Audit 2011 di Kementerian Kerja Raya pada 6 Jun 2012.

Jawatankuasa Siasatan dilantik bertujuan bagi mengenalpasti

jika terdapat kecuaian pegawai yang terlibat di dalam pembinaan

Kompleks berkenaan.

Jawatankuasa Siasatan telah menjalankan siasatan dengan

memeriksa dokumen dan sesi temubual terhadap projek

pembinaan tersebut pada 4-6 Julai 2012 di JKR Negeri Kedah

dan JKR Daerah Langkawi.

Laporan Jawatankuasa Siasatan sedang disediakan dan

dijangka akan siap pada penghujung bulan Ogos 2012. Laporan

tersebut akan dibentangkan kepada Pegawai Pengawal

bersama syor tindakan ke atas pegawai yang didapati cuai.

464

464

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!