02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

57.3.2 Mengikut kontrak, jam penerbangan bagi setiap pesawat mampu mencapai 220 jam

sebulan. Bagaimanapun, jumlah purata bulanan jam penerbangan sebenar yang

dicapai oleh pesawat PC-7 MK II bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 adalah

hanya antara 46.28 jam hingga 73.36 jam.

57.3.3 Bagi setiap siri kursus yang melibatkan penggunaan pesawat PC-7 MK II, jumlah

pengambilan pelatih juruterbang yang disasarkan adalah seramai 50 orang dan

tempoh masa kursus adalah selama 15 bulan. Bagaimanapun, hanya seramai 18

orang pelatih juruterbang sahaja telah terpilih untuk memulakan latihan

menggunakan pesawat PC-7 MK II dengan sepenuhnya bermula pada 29

November 2011.

Jumlah 220 jam penerbangan sebulan yang dinyatakan dalam

laporan adalah bagi keseluruhan fleet pesawat dan bukannya

untuk setiap pesawat. Pencapaian jam penerbangan bagi tahun

2012 adalah seperti berikut:-

Bulan

Jam Penerbangan

Januari 232.5

Februari 214.6

Mac 282.0

April 326.9

Mei 336.7

Jun 266.1

Julai 394.7

Faktor peningkatan jam penerbangan bulanan disebabkan atas

faktor berikut:

Peningkatan bilangan jurulatih PC-7 Mk II dari 5 ke 12 orang

pada Julai 2012. Dijangkakan pada September 2012 akan

meningkat kepada 14 orang.

Kursus Asas Penerbangan Siri 74 telah memulakan fasa

penerbangan menggunakan silibus baru pesawat PC-7 Mk II

semenjak Disember 2011.

57.3.4 Pihak Audit dimaklumkan, antara faktor yang menyumbang kepada jam

penggunaan pesawat PC-7 MK II yang rendah dan pengambilan pelatih juruterbang

yang sedikit adalah kerana kekurangan jurulatih. Pusat Latihan Terbang (PLTB) I

hanya mempunyai seramai 5 jurulatih yang berkelayakan untuk memberi latihan

menggunakan pesawat PC-7 MK II. Mengikut silibus yang dikeluarkan oleh MPLU,

setiap 2 pelatih juruterbang memerlukan seorang jurulatih. Berdasarkan nisbah

tersebut, jumlah jurulatih sedia ada tidak mencukupi. Selain itu, komitmen jurulatih

terhadap tugas-tugas lain seperti menghadiri mesyuarat dan kursus menyebabkan

jadual latihan penerbangan yang telah dirancang tergendala. Pihak Audit juga

dimaklumkan peningkatan kerjaya jurulatih menyebabkan PLTB I kekurangan

jurulatih. Menurut maklum balas TUDM, antara faktor penting yang menyumbang

kepada kekurangan pencapaian jam penerbangan bulanan adalah disebabkan

kekurangan jurulatih dan jurulatih juga tidak dibenarkan menerbangkan 2 jenis

pesawat berlainan pada hari yang sama. Bagaimanapun, sehingga bulan Mei 2012,

bilangan jurulatih yang berkelayakan untuk memberi latihan menggunakan pesawat

PC-7 MK II ini telah meningkat kepada 12 orang.

Sejak Julai 2011, seramai 5 jurulatih telah ditambah menjadikan

bilangan jurulatih yang layak untuk PC-7 Mk II mencapai 12

orang pada Mac 2012. Seramai 7 orang jurulatih memegang

status dual category (PC-7 dan PC-7 Mk II) memandangkan

TUDM masih mengekalkan kedua-dua jenis pesawat latihan

tersebut. Tambahan 2 orang jurulatih akan diperolehi pada

September 2012.

Isu kekurangan jurulatih PC-7 Mk II akan selesai apabila PC-7

ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2015 seperti yang

dirancang.

Pada pendapat Audit, TUDM perlu meningkatkan bilangan jurulatih pesawat PC-7

MK II bagi memastikan objektif perolehan pesawat untuk digunakan bagi melatih

pelatih juruterbang dapat dicapai sepenuhnya.

462

462

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!