02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

HASIL PENGAUDITAN YANG DILAPORKAN SECARA RINGKAS

KEMENTERIAN PERTAHANAN (MINDEF)

Perenggan 57 : Pengurusan Perolehan Pesawat PC-7 MK II

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

57.3.1 Mengikut syarat kontrak, bayaran pendahuluan hendaklah dibayar sebanyak 15

peratus daripada harga kontrak iaitu RM31.13 juta (CHF10,815,375) dalam tempoh

45 hari selepas Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan. Selain itu, bayaran

kemajuan pertama dan kedua yang masing-masingnya berjumlah CHF6,908,483.60

dan CHF10,362,725.40 hendaklah dibuat dalam tempoh 90 hari dan 180 hari dari

tarikh SST dikeluarkan. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati bayaran

pendahuluan telah dibuat pada 13 April 2006, iaitu melebihi tempoh 45 hari dari

tarikh SST dikeluarkan iaitu pada 14 Februari 2006. Selain itu, terdapat kelewatan

pembayaran bagi kedua-dua bayaran kemajuan, di mana bayaran kemajuan

pertama dan kedua telah lewat dijelaskan selama 36 hari dan 86 hari dari tarikh

SST dikeluarkan.

Maklum balas seperti penemuan audit di perenggan 57.3.1

Menurut maklum balas Kementerian, pihak pembekal dikehendaki mengemukakan

Advance Payment Guarantee (APG) kepada Kementerian dalam tempoh 45 hari

selepas tarikh SST iaitu sebelum atau pada 31 Mac 2006. Bagaimanapun, APG

yang dikemukakan oleh pembekal tidak mengikut format yang ditetapkan di mana

nilai matawang yang digunapakai bukan dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM) tetapi

di dalam matawang Swiss Franc (CHF).Selain itu, Kementerian tidak boleh

membuat bayaran selagi dokumen daripada pihak pembekal kepada pihak bank

seperti invois dan dokumen lain tidak lengkap/lewat dikemukakan. Invois bayaran

kemajuan pertama dan kedua hanya diterima daripada pembekal pada 17 Mei 2006

dan 21 Ogos 2006. Pihak Kementerian perlu membuat pengesahan pada invois

tersebut sebelum pembayaran dapat dibuat.

Pada pendapat Audit, tindakan pihak Kementerian adalah wajar untuk memastikan

prosedur kewangan dipatuhi dan kepentingan Kerajaan terpelihara. Sepatutnya

pihak Kementerian menggesa pihak syarikat mengemukakan dokumen yang

diperlukan bagi mematuhi ketetapan bayaran seperti mana yang disyaratkan di

dalam kontrak.

461

461

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!