02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

HASIL PENGAUDITAN YANG DILAPORKAN SECARA RINGKAS

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK)

Perenggan 56 : Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSSB)

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

56.4.2 Mengikut perjanjian antara Kerajaan dengan TM yang ditandatangani pada 16

September 2008, lantikan perunding bebas hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan

daripada tarikh perjanjian ditandatangani. Bagaimanapun, Surat Tawaran

Pelantikan hanya dikeluarkan kepada NFE Consulting Sdn. Bhd. (NFE) pada 11

Mac 2009 iaitu lewat kira-kira 3 bulan. Pelantikan sepatutnya dibuat sebelum 16

Disember 2008.

Kelewatan ini adalah disebabkan oleh penelitian yang lebih

terperinci perlu dibuat kerana proses sebegini pertama kali

dilaksanakan yang berbeza daripada proses biasa. Penelitian ini

mengambil kira kepentingan tiga pihak iaitu KTAK, SKMM dan

perunding.

Mengikut maklum balas Kementerian, kelewatan ini adalah disebabkan oleh

penelitian yang lebih terperinci perlu dibuat.

56.4.3 Semakan Audit mendapati sehingga 31 Disember 2011, bayaran penuh berjumlah

RM3.95 juta (tidak termasuk retention sum) telah dibuat kepada NFE walaupun

peruntukan kerajaan berjumlah RM2.400 bilion belum selesai dibuat sepenuhnya

kerana masih terdapat tuntutan daripada TM berjumlah RM142.33 juta yang belum

disahkan oleh NFE. Pada pendapat Audit, pengesahan tuntutan ini akan

meningkatkan kos bayaran perunding.

Bagi mengelakkan peningkatan kos dalam proses pengesahan

tuntutan terakhir, proses pengesahan terhadap tuntutan

RM142.33 juta telah selesai dilaksanakan oleh SKMM dengan

kerjasama Kementerian secara dalaman mulai 4 Jun sehingga

12 Julai 2012.

Mengikut maklum balas Kementerian, pengesahan terhadap tuntutan RM142.33

juta ini telah dilaksanakan secara dalaman mulai bulan Jun 2012.

56.4.4 Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan adalah disyorkan supaya

penyeliaan dipertingkatkan untuk memastikan syarat-syarat perjanjian dipatuhi

mengikut jadual yang ditetapkan.

Kementerian mengambil maklum akan pemerhatian dan teguran

Audit berhubung Pelaksanaan Projek HSBB. Kementerian

bersama SKMM dan TM akan memastikan hasil pemerhatian

dan teguran Audit tersebut diberi perhatian sewajarnya dalam

memantau pelaksanaan Projek HSBB seterusnya melalui

kaedah tadbir urus yang sedang diamalkan melalui mesyuarat

JK berikut:

i. Mesyuarat JK Pengurusan Projek HSBB – memantau

secara keseluruhan pelaksanaan dan penyelesaian isu-isu

projek yang dibangkitkan di peringkat JK Kerja dan JK

Teknikal dengan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua

459

459

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!