02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Pihak PNPA Sabah telah memohon untuk memasang jeriji besi kepada pihak

pengurusan bangunan dan telah mendapat maklum balas daripada pihak

pengurusan bangunan. Pihak pengurusan bangunan telah meminta sebuah syarikat

perkhidmatan penyenggaraan untuk memberi nasihat sama ada pemasangan jeriji

besi boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

Pada pendapat Audit, pihak JPAM perlu mengambil tindakan segera ke atas stor

penyimpanan peralatan bantuan kecemasan yang tidak dipasang jeriji besi pada

pintu dan tingkap bagi menjamin keselamatan peralatan.

54.5.6.2 Penyenggaraan Peralatan Bantuan Kecemasan

Semakan Audit di IPPA KL dan PNPA Negeri yang dilawati mendapati PNPA

Sabah, Kedah dan Perlis tidak menyelenggarakan KEW.PA-13 dan KEW.PA-14.

Manakala PNPA Kelantan ada menyelenggarakan KEW.PA-13 dan KEW.PA-14

tetapi tidak lengkap dan tidak kemas kini.

Mengikut maklum balas JPAM, tindakan pembetulan telah diambil terhadap perkara

yang dibangkitkan di atas.

Pada pendapat Audit, pihak JPAM hendaklah memberi keutamaan terhadap

penyenggaraan peralatan bantuan kecemasan memandangkan semua peralatan

tersebut perlu sentiasa berada dalam keadaan baik. KEW.PA-13 dan KEW.PA-14

hendaklah diselenggarakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memudahkan

pemeriksaan dan untuk tujuan penyenggaraan pada masa akan datang.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri ( PPAN ) Sabah telah

mengemaskini borang KEW.PA-13 dan KEW.PA-14 secara serta

merta iaitu pada 18 November 2011 semasa pengauditan

dijalankan.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri ( PPAN ) Kedah telah

mengemaskini borang KEW.PA-13 dan KEW.PA-14 secara serta

merta iaitu pada 6 Disember 2011 semasa pengauditan

dijalankan.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri ( PPAN ) Perlis telah

mengemaskini borang KEW.PA-13 dan KEW.PA-14 secara serta

merta iaitu pada 18 November 2011 semasa pengauditan

dijalankan.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri ( PPAN ) Kelantan

mengemaskini borang KEW.PA-13 dan KEW.PA-14 secara serta

merta iaitu pada 8 Disember 2011 semasa pengauditan

dijalankan.

54.5.7 Pelupusan Peralatan Bantuan Kecemasan

Lawatan Audit ke PDPA Langkawi pada 6 Disember 2011 mendapati sebuah

ambulans (WHY 3451) sudah rosak. PDPA Langkawi telah mengemukakan

permohonan untuk pemeriksaan kenderaan tersebut kepada Cawangan

Kejuruteraan Mekanikal, JKR Kedah pada 14 Februari 2012 selepas menerima

teguran Audit. Surat Perakuan Pelupusan Aset Alih Kerajaan daripada Cawangan

Kejuruteraan Mekanikal, JKR Kedah telah diterima oleh PDPA Langkawi pada 16

April 2012. Mengikut maklum balas JPAM, pihak IPPA telah mengambil tindakan

untuk melupuskan kenderaan tersebut.

Pemeriksaan pelupusan oleh Lembaga Pemeriksa Pelupusan

telah dibuat pada 1 Jun 2012, manakala kelulusan pelupusan

daripada KDN telah diterima pada 14 Jun 2012. Pelupusan

jualan sisa telah dijalankan pada 7 Ogos 2012 oleh PPAD

Langkawi.

456

456

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!