02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Perenggan 54 : Pengurusan Perolehan Peralatan Bantuan Kecemasan

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

54.5.2.3.b

54.5.2.3.c

Perolehan Secara Pembelian Terus

Semakan Audit terhadap pembelian terus yang dilaksanakan di peringkat IPPA KL

dan PNPA yang dilawati mendapati perolehan secara pembelian terus adalah

teratur kecuali perolehan enjin bot 60hp ELPT 4-stroke jenis Mercury. Pihak IPPA

KL telah membeli sebuah enjin bot 60hp ELPT 4-stroke jenis Mercury melalui

perolehan pembelian terus untuk kegunaan PNPA Kelantan. Semakan Audit

selanjutnya mendapati pihak IPPA KL juga telah mengeluarkan waran berjumlah

RM564,000 kepada 12 PNPA pada masa yang sama untuk membuat pembelian

terus jenis enjin bot yang sama.

Pemeriksaan terhadap baucar bayaran bagi perolehan terbabit yang berjumlah

RM610,800 mendapati semua PNPA telah membeli enjin bot dengan jenis dan

spesifikasi yang sama daripada syarikat pembekal yang sama iaitu Aerovation Sdn.

Bhd.

Berdasarkan maklum balas JPAM, IPPA KL telah membuat perolehan bot

berkenaan bagi pihak PNPA Kelantan kerana pada masa tersebut PNPA Kelantan

sangat memerlukannya memandangkan enjin sedia ada telah rosak dan tidak

ekonomik untuk diperbaiki disebabkan banjir. Bagaimanapun, pihak tertinggi IPPA

KL berpendapat bahawa beberapa PNPA lain juga mempunyai keperluan yang

sama dan memutuskan supaya perolehan ini diuruskan sendiri oleh PNPA yang

berstatus PTJ yang telah diwakilkan kuasa. Keputusan ini dibuat berdasarkan

kekangan-kekangan seperti berikut:

perolehan ini dibuat untuk menghadapi bencana banjir yang berlaku ketika itu;

faktor masa kerana perolehan secara tender memerlukan masa yang panjang

dan dikhuatiri pembekalan tidak dapat dibuat kepada PTJ dalam tahun semasa;

dan

Syarikat Aerovation Sdn. Bhd. merupakan syarikat pembekal tunggal PDRM

bagi enjin bot jenis Mercury dan JPAM telah memutuskan untuk menggunakan

452

452

i. Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil 4/2012 pada 31 Mei 2012

bersetuju dengan penjelasan JPAM.

ii. Mulai tahun 2012 tiada lagi waran peruntukan disalurkan

kepada Pejabat Pertahanan Awam Negeri bagi perolehan

aset.

iii. Pihak Jabatan juga akan sentiasa merujuk dengan Bahagian

Perolehan Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) bagi

mendapatkan khidmat nasihat tentang perolehan aset.

iv. Pihak Jabatan akan sentiasa merujuk kepada Bahagian Audit

Dalam KDN bagi mendapat khidmat nasihat dan pandangan

seperti pandangan audit dalam KDN melalui suratnya

bertarikh 11 Julai 2012 mengenai Perkhidmatan Menjahit

Pakaian Seragam No.4 Operasi jabatan Pertahanan Awam

Malaysia ( JPAM )

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!