02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Tanggungan Kecacatan tamat pada 31 Januari 2012. Mesyuarat Tempoh

Tanggungan Kecacatan diadakan untuk memantau keadaan tersebut.

terhadap teguran Jabatan Audit Negara dan akan meningkatkan

pemantauan projek-projek akan datang dari semasa ke semasa.

Pada pendapat Audit, walaupun Kementerian dan perunding telah menyediakan

mekanisme pemantauan terhadap pembinaan projek ini, namun tahap pemantauan

adalah kurang memuaskan memandangkan masih terdapat kerosakan dan

kecacatan serta kerja yang tidak siap dilaporkan.

53.5.5 Perkhidmatan Pembersihan Di Luar Dan Dalam Kawasan Bangunan

Pembinaan Tidak Dirancang Dan Disediakan

Bagi memastikan bangunan yang dibina dan kemudahan yang disediakan sentiasa

berada dalam keadaan baik dan memuaskan, perkhidmatan pembersihan dan

penyenggaraan perlu dirancang dan disediakan oleh pengguna sebaik bangunan

diserahkan kepada mereka. Semasa lawatan Audit antara 25 hingga 29 Julai 2011

iaitu selepas 4 bulan dari tarikh penyerahan projek pada 16 Mac 2011 di kawasan

seperti blok pentadbiran, dewan serbaguna, surau, tadika/PERKEP dan bilik transit

mendapati keadaan di dalam dan di luar kawasan bangunan berkenaan tidak dijaga

dan tidak diurus dengan baik. Maklum balas yang diterima daripada pihak Polis

Marin Lahad Datu menyatakan bahawa sejak projek diserahkan kepada mereka,

kontrak perkhidmatan pembersihan belum dilaksanakan. Ini menyebabkan kerja

pembersihan dilakukan sendiri oleh anggota Polis Marin atau oleh Kontraktor atas

dasar membantu pihak Polis Marin tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Kontrak perkhidmatan pembersihan telah dilantik oleh Pasukan

Gerakan Marin Lahad Datu bermula pada 1 Ogos 2012 untuk

tempoh dua (2) tahun.

Maklum balas Kementerian dan perunding pada 22 Mei 2012 menyatakan

sepanjang Tempoh Tanggungan Kecacatan dari 31 Januari 2011 hingga 31 Januari

2012, pihak Kontraktor masih lagi membuat penyenggaraan terhadap bangunan

sedia ada termasuklah sebahagian kerja pembersihan bangunan. Permohonan

untuk mendapatkan perkhidmatan pembersihan telah dikemukakan oleh Pasukan

Gerakan Marin Lahad Datu kepada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah untuk

kelulusan. Bahagian Pembangunan Kementerian telah juga mengeluarkan surat

peringatan kepada PDRM pada 20 Januari 2012 untuk tindakan segera terhadap

perkara ini. Namun setakat bulan Mei 2012, pihak Audit mendapati kontrak

pembersihan dan penyenggaraan masih belum dilaksanakan oleh PDRM.

Pada pendapat Audit, selain merancang dan menyediakan kontrak perkhidmatan

pembersihan dan penyenggaraan, IPK Sabah sepatutnya menyediakan

perancangan penyenggaraan tahunan sebelum Tempoh Tanggungan Kecacatan

tamat pada bulan Januari 2012. Ini bagi memastikan kerja penyenggaraan dapat

terus dilaksanakan sebaik sahaja tempoh tanggungan kecacatan tamat supaya

semua bangunan dan kelengkapan sentiasa berada dalam keadaan baik dan

memuaskan.

451

451

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!