02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

53.5.2.3 Kerja Pembinaan Tidak Siap

kelewatan projek.

Walau bagaimanapun, semua kecacatan yang dilaporkan telah

direkodkan dan diambil tindakan oleh pihak kontraktor. Laporan

Kecacatan yang dikeluarkan oleh pihak Perunding dijangka

ditutup sepenuhnya pada Mei 2012.

Perakuan Siap Membaiki Kecacatan hanya akan dikeluarkan

oleh Kementerian sekiranya semua kerja-kerja pembaikan

tersebut telah disiapkan dengan memuaskan hati oleh pihak

kontraktor.

Analisis Audit terhadap Laporan/Senarai Kerosakan Dan Kecacatan yang

disediakan oleh pihak perunding dan disahkan oleh Kontraktor menunjukkan

terdapat kerosakan dan kecacatan yang dilaporkan merupakan kerja pembinaan

yang belum disiapkan sepenuhnya sehingga tarikh penyerahan projek pada 16 Mac

2011. Kerja pembinaan yang belum disiapkan sepenuhnya itu telah dimasukkan ke

dalam Laporan/Senarai Kerosakan Dan Kecacatan. Bagaimanapun, adalah didapati

pembayaran kepada Kontraktor dibuat selari dengan prestasi pelaksanaan projek.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu mempertingkatkan penyeliaan terhadap

perunding yang bertanggungjawab menyelia kemajuan kerja Kontraktor.

Selanjutnya Kementerian dan perunding perlu memastikan pemantauan yang

berterusan terhadap pelaksanaan projek supaya kerja pembinaan menepati

spesifikasi dan kualiti serta dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Selain

itu, tindakan Kementerian mengeluarkan Sijil Perakuan Siap Kerja walaupun masih

terdapat kerja yang belum disiapkan adalah tidak teratur dan telah mengakibatkan

Liquidated and Ascertained Damages (LAD) tidak boleh dikenakan terhadap

Kontraktor.

Maklum balas Kementerian dan perunding pada 22 Mei 2012

menyatakan baki kerja yang belum siap adalah kerja kemasan

yang tidak mengganggu operasi dan fungsi bangunan yang telah

disiapkan. Desakan keperluan operasi oleh pihak Pasukan

Gerakan Marin memerlukan pengguna untuk berpindah masuk

ke dalam dengan kadar segera. Oleh yang demikian,

Kementerian memutuskan untuk memasukkan sebahagian kerja

kemasan yang belum disiapkan sebagai kerja kecacatan dengan

syarat kerja tersebut tidak menjejaskan operasi bangunan.

Namun, pembayaran kepada Kontraktor tidak dibuat bagi kerja

yang masih belum siap.

53.5.3.1 Pemantauan Terhadap Kerja Pembinaan

Semakan Audit mendapati Bahagian Pembangunan Kementerian selaku pihak

pelaksana mengadakan mesyuarat tapak setiap bulan dengan perunding,

Kontraktor dan jabatan pemilik (PDRM) bagi tujuan menyelaras dan memantau

projek berkenaan.

53.5.3.2 Semakan Audit mendapati perunding telah mengadakan Mesyuarat Teknikal Projek

setiap bulan dengan Kontraktor bagi memantau projek ini. Perunding juga telah

menyediakan laporan dan arahan mengenai kerosakan dalam Tempoh

Tanggungan Kecacatan yang perlu dibaiki oleh Kontraktor serta memantau

kontraktor membaiki kerosakan infrastruktur sedia ada sebelum Tempoh

Pemantauan kerja-kerja pembinaan telah dibuat oleh Bahagian

ini bersama pihak Perunding yang dilantik dengan menghadiri

setiap Mesyuarat Tapak yang diadakan pada setiap bulan.

Pemantauan kerja-kerja pembaikan kecacatan telah dibuat oleh

pihak perunding dengan mengadakan mesyuarat ‘Defect Liability

Period’ (DLP) pada 4 Mei 2011, 13 September 2011 dan

membuat pemeriksaan pada 15 dan 16 Disember 2011.

Walau bagaimanapun, Bahagian ini mengambil perhatian serius

450

450

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!