02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

10. Pihak KDN memutuskan untuk menangguhkan tarikh

penyerahan tapak kepada kontraktor daripada 14 Ogos 2004

kepada 15 November 2004.

11. Perunding EIA mengemukakan “Final Report” kepada

Jabatan Perlindungan Alam Sekitar pada 25 Oktober 2004

dan hanya mendapat kelulusan pada 17 Januari 2005, iaitu

tarikh pemilikan tapak projek Fasa I yang muktamad.

53.5.1.1.b

Projek Lewat Disiapkan Dari Tarikh Asal Projek Sepatutnya Siap

Fasa I

Mengikut syarat kontrak, tempoh penyiapan projek adalah selama 46 minggu iaitu

bermula daripada 14 Ogos 2004 hingga 1 Julai 2005. Bagaimanapun sehingga

tarikh akhir projek ini sepatutnya siap, kemajuan kerja hanya mencapai tahap 40%.

Semakan Audit mendapati kontraktor telah diluluskan 2 lanjutan masa selama 299

hari iaitu sehingga 26 April 2006 untuk menyiapkan projek ini. Pihak Audit

mendapati projek telah dapat disiapkan dalam tempoh lanjutan masa yang

diluluskan dengan kelewatan sebenar sebanyak 299 hari dari tarikh asal projek

sepatutnya siap.

Fasa II

Mengikut syarat kontrak, tempoh penyiapan projek Fasa II adalah selama 24 bulan

iaitu bermula daripada 19 Julai 2007 hingga 20 Julai 2009. Bagaimanapun,

semakan Audit mendapati sehingga tarikh akhir projek ini sepatutnya siap,

kemajuan kerja hanya setakat 72.1%. Kontraktor hanya dapat menyiapkan projek

ini pada 31 Januari 2011 iaitu setelah 3 lanjutan masa selama 528 hari diluluskan

serta tempoh 32 hari lewat dari tarikh lanjutan masa kali ketiga yang berakhir pada

30 Disember 2010.

Penjelasan (FASA I)

Pada pendapat Kementerian, pihak kontraktor sewajarnya

berusaha sedaya-upaya untuk menyiapkan kerja dalam tempoh

kontrak terlebih dahulu sebelum memohon untuk kelulusan

Lanjutan Masa. Walau bagaimanapun, ketika tempoh kontrak

masih berjalan, projek ini didapati masih mengalami kelewatan

kemajuan dan Pegawai Penguasa projek telah memutuskan

supaya Lanjutan Masa sebanyak 239 hari diberikan kepada

kontraktor atas sebab kelewatan pemilikan tapak, perubahan

kerja dan masalah kekurangan bekalan pasir sungai.

Kedua-dua Lanjutan Masa yang diluluskan tersebut adalah

teratur berdasarkan peruntukan syarat-syarat kontrak. Maklumat

dan kronologi Lanjutan Masa adalah seperti berikut:

Kelewatan pemilikan tapak bina

Pihak KDN telah mengeluarkan SST kepada kontraktor dengan

tarikh pemilikan tapak bina yang asal adalah pada

14 Ogos 2004. Walau bagaimanapun, keputusan penangguhan

tarikh milik tapak daripada 14 Ogos 2004 kepada 15 November

2004 dibuat oleh KDN berikutan kelulusan daripada JPAS dan

Majlis Daerah masih belum diperolehi. Sehubungan dengan itu,

Lanjutan Masa (EOT) No.1 sebanyak 171 hari telah diluluskan

kepada kontraktor.

Perubahan rekabentuk tembok penahan dan masalah

kekurangan bekalan pasir sungai

Sepanjang tempoh pembinaan juga didapati berlaku perubahan

rekabentuk tembok penahan bagi memenuhi keperluan semasa

di tapak serta masalah kekurangan bekalan pasir sungai yang

tidak dapat dijangka semasa peringkat tender. Kelulusan EOT

440

440

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!