02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Perenggan 53 : Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

53.5.1.1.a

Pencapaian Fizikal Projek Pembinaan - Projek Lewat Dimulakan

i. Kementerian Kewangan telah meluluskan perolehan projek ini secara rundingan

terus pada 12 Ogos 2002. Bagi Fasa I, harga yang dipersetujui hasil daripada

rundingan yang diadakan telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan

pada 25 Januari 2003 untuk dimuktamadkan, namun kelulusan hanya diberikan

pada 16 Julai 2004. Pada 27 Julai 2004, Surat Setuju Terima (SST) telah

dikeluarkan kepada Kontraktor dengan tarikh pemilikan tapak ditetapkan pada

14 Ogos 2004. Selanjutnya, semakan Audit mendapati Kementerian telah

mengeluarkan Notis Kelewatan Pemilikan Tapak Bina pada 24 September 2004

yang menyatakan tarikh pemilikan tapak yang baru adalah pada 15 November

2004. Ini bermakna tempoh kontrak selama 46 minggu akan bermula dari 15

November 2004 hingga 2 Oktober 2005. Kelewatan pemilikan tapak bina ini

adalah disebabkan kelulusan daripada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar

(JPAS) dan Jabatan Perancangan yang masih belum diperolehi. Semakan Audit

selanjutnya terhadap ‘Dokumen Penyerahan/Pengambilalihan Projek Siap Bagi

Fasa I’ yang disediakan oleh Kementerian menunjukkan bahawa tarikh milik

tapak sebenar adalah pada 17 Januari 2005. Ini berikutan kelulusan terhadap

Laporan Penilaian Kesan-kesan Alam Sekitar (EIA Report) oleh JPAS hanya

diperolehi pada 17 Januari 2005. Keadaan ini telah menghalang pemilikan tapak

lebih awal oleh Kontraktor.

ii. Berdasarkan kepada kronologi pelaksanaan projek menunjukkan bahawa projek

ini telah mengambil masa selama 2 tahun 5 bulan untuk dimulakan dari tempoh

projek diluluskan oleh Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan secara

rundingan terus pada 12 Ogos 2002 sehingga ke tarikh sebenar pemilikan tapak

projek Fasa I iaitu pada 17 Januari 2005.

Pada pandangan Kementerian, tempoh masa yang diambil

adalah berpatutan berdasarkan faktor-faktor mendapatkan

kelulusan daripada agensi-agensi berkaitan serta pematuhan

kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Proses pelantikan kontraktor dan pelaksanaan kerja-kerja di

tapak perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan pelaksanaan

projek dapat dilakukan dengan terancang dan mematuhi

peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan. Maklumat dan

kronologi projek lambat dimulakan adalah seperti berikut:

Kelewatan memulakan kerja di tapak yang melibatkan:-

1. Kementerian Kewangan (MOF)

2. Majlis Daerah Lahad Datu

3. Jabatan Pengairan Dan Saliran

Projek pembinaan ini mendapat kelulusan daripada MOF pada

12 Ogos 2002 untuk dilaksanakan oleh syarikat Jahsia Sdn Bhd.

Walau bagaimanapun, kelulusan kos muktamad daripada MOF

hanya dikeluarkan pada 16 Julai 2004 dengan jumlah kos

RM21.96 juta. Hal ini berikutan permintaan MOF supaya

cadangan lokasi tapak projek ini dinilai semula untuk tujuan

penjimatan kos. Sebaik sahaja kelulusan muktamad kos

pelaksanaan projek diterima, Kementerian ini perlu mendapat

kelulusan daripada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS)

dan Jabatan Perancangan terlebih dahulu. Projek ini hanya

dapat dimulakan sebaik sahaja Laporan Penilaian Kesan-kesan

Alam Sekitar diperoleh iaitu pada 17 Januari 2005.

438

438

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!