02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

52.5.4.2 Semakan Audit terhadap fail mesyuarat berkenaan mendapati ketetapan

mengadakan mesyuarat telah dipatuhi di mana mesyuarat telah diadakan sebanyak

2 kali setiap tahun mulai tahun 2009 hingga 2011 masing-masing pada 26 Mac

2009, 5 November 2009, 8 Jun 2010, 14 Oktober 2010, 24 Mei 2011 dan 25

November 2011 dan dihadiri oleh wakil dari Kementerian Dalam Negeri dan

Jabatan serta Agensi di bawahnya. Antara perkara yang dibincang, dicadang dan

diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa ini adalah berkaitan dasar yang patut

diikuti oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi pengguna tanah Persekutuan serta

hal berkaitan penyenggaraan, penggunaan dan perolehan tanah Persekutuan.

Mengikut maklum balas Kementerian, pihaknya mengambil maklum akan keperluan

mengadakan mesyuarat JPTP Peringkat Kementerian mengikut peraturan.

Mesyuarat JPTP Peringkat Kementerian Bil. 1/2012 telah diadakan pada 12 Jun

2012 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian

(Pengurusan) dan dihadiri oleh wakil daripada JKPTG serta Jabatan/Agensi di

bawah Kementerian. Selanjutnya, Kementerian, Jabatan dan Agensi dengan

kerjasama JKPTG sentiasa mengadakan perbincangan serta mesyuarat

penyelarasan berhubung isu tanah yang lebih spesifik yang diadakan dari semasa

ke semasa. Kementerian juga dengan kerjasama semua pihak khususnya JKPTG

sentiasa bersama ke arah penambahbaikan mekanisme pemantauan tanah dan

memastikan jawatankuasa dapat berfungsi sebagai penggerak kepada agenda

pembangunan nasional.

Pada pendapat Audit, Jawatankuasa Pemantauan Tanah Persekutuan Peringkat

Kementerian perlu mengadakan mesyuarat mengikut ketetapan 4 kali setahun bagi

membolehkan sebarang permasalahan berkaitan tanah Persekutuan dibincangkan

dengan lebih kerap supaya satu keputusan dan tindakan selanjutnya boleh diambil

dengan kadar segera. Keberkesanan pengurusan tanah Persekutuan terletak

kepada ketelusan mesyuarat jawatankuasa membincangkan setiap isu tanah serta

memastikan tindakan segera diambil bagi mengatasi segala masalah yang wujud.

437

437

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!