02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

kursus yang telah dilaksanakan iaitu Kursus Asas MdI, Kursus Penulisan Surat

Rasmi dan Memo Berkualiti serta Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih.

2.5.13.4 Semakan Audit mendapati kursus/latihan spesifik yang melibatkan aktiviti

pengurusan kes kebankrapan/penggulungan syarikat masih kurang diadakan. Ini

menyebabkan kemahiran dan kompetensi kakitangan masih tidak menepati tahap

yang ditetapkan. Bagaimanapun, terdapat Pejabat Negeri/Cawangan mengambil

inisiatif untuk mengadakan latihan dalaman bagi membincangkan secara khusus

topik yang berkaitan dengan pengurusan kes kebankrapan/penggulungan syarikat

untuk memahirkan Pegawai Insolvensi mengenai proses kerja/carta aliran yang

perlu dipatuhi.

Pada pendapat Audit, MdI hendaklah meningkatkan bilangan kursus yang spesifik

mengenai pengurusan kes kebankrapan/penggulungan syarikat bagi meningkatkan

kemahiran dan kompetensi pegawai dan kakitangan.

ILKAP. Semua kursus berbayar dan tidak berbayar ini

melibatkan kursus teknikal dan soft skill termasuklah Bengkel

Penyediaan Afidavit, Kursus Mediasi, Kursus Asas Undangundang

Kemanusiaan Antarabangsa, Kursus Transformational

Leadership dan sebagainya.

Kursus Bengkel Modul Pendakwaan akan diadakan pada 23-26

September 2012 manakala Kursus Memahami Laporan

Kewangan Tahunan akan diadakan pada 25-27 September

2012. Kursus Intensif Pentadbiran Hal-ehwal Kebankrapan pula

akan diadakan pada 2-5 Oktober 2012. Baki kursus-kursus yang

lain akan diadakan dalam bulan Oktober sehingga Disember

2012.

2.5.14.2 Pengurusan Fail/Dokumen Kes Yang Tidak Teratur

Semakan Audit di pejabat yang dilawati mendapati bilik penyimpanan fail tidak

dibekalkan dengan rak fail yang mencukupi sebaliknya fail kes diletakkan di atas

lantai, meja dan di celahan dinding. Selain itu, terdapat kesan kebocoran air yang

masih belum dibaiki di dinding bilik penyimpanan fail pejabat MdI Wilayah

Persekutuan, Kuala Lumpur yang boleh menyebabkan fail kes basah dan

menjejaskan keutuhannya.

2.5.14.3 Semakan Audit juga mendapati dokumen yang diambil daripada syarikat yang telah

digulungkan telah disimpan dalam stor/bilik fail pejabat yang dilawati.

Bagaimanapun, tiada maklumat dapat disemak mengenai rekod/senarai dokumen

yang diambil kecuali di pejabat MdI Johor. Pemantauan had masa penyimpanan

dokumen tersebut juga tidak dapat dilakukan memandangkan rekod/senarai

dokumen tersebut tidak disediakan. Kesannya, tindakan pemusnahan tidak dapat

dilakukan terhadap dokumen yang telah melebihi had penyimpanan seterusnya

mengakibatkan ruang penyimpanan dipenuhi dengan dokumen yang tidak dapat

dipastikan sama ada perlu dimusnahkan atau tidak.

Pada pendapat Audit, pengurusan fail/dokumen kes adalah kurang memuaskan.

MdI hendaklah memastikan fail kes dan dokumen syarikat yang digulungkan

disimpan dengan teratur dan sistematik bagi memudahkan rujukan dan menjamin

keselamatannya. Ruang penyimpanan fail/dokumen hendaklah sentiasa

disenggarakan bagi menjamin keutuhan fail/dokumen tersebut. Bagi dokumen

syarikat yang digulungkan, ia hendaklah disusun, dilabel mengikut nama syarikat

dan diwujudkan satu kaedah pengesanan dokumen yang sistematik. Had tempoh

masa penyimpanan mengikut undang-undang bagi dokumen syarikat hendaklah

Sebanyak 15 Mobile File Compactor 6 Bay telah dimasukkan

dalam permohonan harta modal ke PAJPM untuk kelulusan KSN

sebagai Pegawai Pengawal. Pihak Jabatan telah mendapat

perakuan daripada JPM susulan perbincangan pada

3 Ogos 2012.

Sebanyak 35 buah rak fail (pigeon hole) akan dibuat perolehan

melalui belanja mengurus pada tahun ini. Sebanyak 8 buah rak

telah dibeli pada 30 Julai 2012 dan selebihnya akan dibuat

perolehan dalam tahun ini dan akan diagihkan kepada

cawangan.

Susulan dari Mesyuarat Semakan Bajet dengan pihak

Kementerian Kewangan pada 4 Jun 2012, MdI telah diperakukan

peruntukan berjumlah RM 1.8 juta untuk tujuan pengubahsuaian

ruang pejabat pada tahun 2013 bagi 11 cawangan termasuk

cawangan WPKL, Selangor dan Johor.

Program 5S sedang dilaksanakan di MdI dan dijangka selesai

pada pertengahan 2013.

Pihak MdI telah mendapat kelulusan permohonan harta modal

pada 24 Ogos 2012. Tindakan untuk perolehan semua hartaharta

modal termasuk Mobile File Compactor 6 Bay sedang

dilaksanakan. Perolehan Mobile File Compactor dijangka selesai

32

32

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!