02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Mengikut maklum balas Kementerian, bagi mengatasi masalah ini antara tindakan

yang telah diambil adalah dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan

rekod tanah di peringkat JKPTG/Kementerian/PDRM telah diselaraskan,

memasukkan syarat guna tanah ke dalam rekod tanah di semua peringkat,

membangunkan Sistem eTaPP di peringkat JKPTG yang dirancang siap pada 31

Disember 2012 dan memperluaskan penggunaan sistem tersebut ke peringkat

Kementerian bagi tujuan pengambilan dan pemantauan tanah serta penggunaan

Sistem Maklumat e-Tanah di peringkat Kementerian yang memaparkan rekod

tanah, hak milik dan rizab Persekutuan. Selain itu, Kementerian sedang

membangunkan Sistem Perancangan Pembangunan Kementerian Berasaskan

Geographical Information System (GIS) yang akan diintegrasikan dengan maklumat

tanah sedia ada dengan data geospatial daripada jabatan/agensi luar.

Manakala PTP memaklumkan Kementerian perlu melakukan pelarasan rekod

mengikut rekod tanah yang ada di JKPTG. Tempoh 3 bulan diberi kepada

Kementerian untuk menyelaraskan rekod tanah dengan JKPTG.

Pada pendapat Audit, rekod tanah antara JKPTG dengan

Kementerian/Jabatan/Agensi pengguna perlulah dikemas kini dan diselaraskan

secara bersama dari semasa ke semasa untuk tujuan pemantauan dan susulan

supaya pemadanan (match making) tanah Persekutuan dapat dilaksanakan dengan

berkesan. Selain itu, Sistem eTaPP yang sedang dibangunkan hendaklah memiliki

elemen interoperability yang interaktif supaya semua pengguna dapat

menggunakannya secara bersama dan dapat memperoleh maklumat terkini yang

diperlukan bagi memperkemaskan perancangan pengurusan tanah Kerajaan.

52.5.4.1 Pemantauan

Jawatankuasa Pemantauan Tanah Persekutuan di peringkat Kementerian telah

ditubuhkan pada bulan Julai 2004 bertujuan bagi mengawal selia dan memantau

tanah Kementerian daripada terbiar dan menghindari ancaman pencerobohan. Ia

juga bertujuan untuk mengenal pasti tanah yang diperlukan untuk pembangunan

projeknya atau perlu dibuat pelepasan kepada JKPTG untuk dibuat pemadanan

(match making) bagi memenuhi keperluan tanah oleh Kementerian/Jabatan/Agensi

pengguna yang lain. Ini antara lain untuk memastikan tanah Persekutuan dapat

digunakan secara optimum dan mendatangkan hasil yang maksimum. Mesyuarat

jawatankuasa ini yang perlu diadakan 4 kali setahun hendaklah dipengerusikan

oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian (Pengurusan) dan keahliannya terdiri

daripada wakil jabatan dan agensi di bawah Kementerian. Semakan Audit

mendapati mesyuarat hanya diadakan sekali dalam setahun iaitu bagi tahun 2009

dan 2010 serta dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha, Bahagian Pembangunan

Kementerian dan bukannya oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)

Kementerian. Bagi tahun 2011 pula, pihak Kementerian tidak dapat mengemukakan

fail/maklumat mesyuarat untuk semakan Audit.

KDN dan PDRM juga telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa

Pemantauan Tanah Persekutuan peringkat JKPTG yang

diadakan dengan butiran seperti berikut:-

i. Induk (HQ) – 2 Februari 2012

ii. Sarawak – 19 Januari 2012

iii. Negeri Sembilan (1/2012) – 19 April 2012

iv. Negeri Sembilan (2/2012) – 19 Julai 2012

v. Perak – 6 April 2012

436

436

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!