02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

pengusaha lain telah dibangkitkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun

2007. Semakan Audit ke atas lot tanah tersebut pada 9 Disember 2011 mendapati

aktiviti perniagaan restoran makanan masih dijalankan walaupun perjanjian telah

tamat pada 31 Ogos 2011 dan dokumen perjanjian lanjutan/baru tidak dikemukakan

untuk semakan Audit.

52.5.2.3.d.vii

Lot tanah yang disewa hendaklah sentiasa berkeadaan bersih supaya tidak

mencemarkan pandangan serta mendatangkan bahaya kepada penduduk sekitar

atau peniaga yang berdekatan. Hasil pemeriksaan Audit ke lot tanah yang

disewakan mendapati sebanyak 4 (10%) daripada 40 lot tanah tidak dijaga dan

diurus dengan baik sehingga kawasan dipenuhi belukar dan kotor. Sebanyak 3

daripada lot tanah ini dengan isu yang sama telah dibangkitkan dalam Laporan

Ketua Audit Negara Tahun 2007.

Pada pendapat Audit, status penggunaan tanah perlu terus dipantau secara

berkesan dan berterusan oleh pihak JKPTG serta mengoptimumkan penggunaan

tanah seperti mana diperuntukkan dalam Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan

Galian dan Pekeliling Perbendaharaan berhubung pengurusan tanah Persekutuan.

Selain itu, penguatkuasaan perlu terus dipertingkatkan dan mengambil tindakan

sewajarnya terhadap mereka yang melanggar syarat perjanjian penyewaan dan

melakukan pencerobohan. Dengan memperkemaskan semula struktur organisasi

masing-masing di Kementerian, JKPTG dan PDRM melalui redeployment,

memohon pertambahan jawatan mengikut keperluan sebenar bebanan tugas atau

mewujudkan jawatan kader untuk Unit Tanah di Kementerian/Jabatan/Agensi

pengguna dapat meningkatkan pengurusan tanah Persekutuan dengan lebih cekap

dan berkesan.

Mengikut maklum balas, PTP akan mengadakan kerjasama

bersama PBT untuk memantau kebersihan lot tanah yang

disewa sebagai langkah penambahbaikan.

Mengikut maklum balas Kementerian, tanah kosong yang

mempunyai perancangan pembangunan masa hadapan perlu

dikekalkan kerana kedudukan lokasi dan keluasan yang

strategik, kesukaran untuk mendapatkan tanah lain yang

bersesuaian dan kos pengambilan balik tanah yang tinggi.

Sementara peruntukan belum diluluskan, tanah tersebut dikawal

dengan pemasangan pagar atau papan tanda. Selain itu,

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan menyelaras

aktiviti penguatkuasaan tanah yang dicerobohi. Perbincangan di

antara JKPTG dan Kementerian masih diteruskan untuk

menangani isu tanah terutama tanah milikan yang masih kosong

dan melebihi 5 tahun di mana penukargantian tanah (match

making) hanya boleh dilakukan apabila lokasi dan keadaan

tanah menepati keperluan dan peruntukan agensi penerima.

Seterusnya penguatkuasaan akan dipertingkatkan bagi

menangani semua kes ketidakpatuhan sehingga ke proses

terakhir iaitu melibatkan tindakan undang-undang. Manakala

bagi meningkatkan keberkesanan urusan tanah dan

penyelenggaraan rekod, 2 orang pegawai kader JKPTG

(kontrak) telah ditempatkan di Unit Tanah Kementerian mulai

1 Jun 2012 hingga 30 November 2012.

52.5.3.3 Penyelenggaraan Rekod Tanah

Semakan Audit selanjutnya mendapati rekod tanah di JKPTG tidak mempunyai

maklumat status semasa mengenai penggunaan tanah. Perkara ini telah

dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2007 dan sehingga kini

belum diselesaikan. Tanpa maklumat tersebut, pihak JKPTG tidak dapat memantau

dan mengawal dengan berkesan lot tanah terutama terhadap status penggunaan

tanah yang masih tidak dibangunkan. Ini menyebabkan walaupun jumlah bilangan

tanah Persekutuan yang tidak dibangunkan masih banyak tetapi masih terdapat

permohonan dari lain-lain Kementerian/Agensi untuk memperoleh tanah yang juga

menyebabkan Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung perbelanjaan untuk

bayaran cukai tahunan/premium bagi perolehan tanah baru tersebut.

Pada 25 Jun 2012, JKPTG telah mengemukakan senarai terkini

tanah persekutuan di bawah kawalan KDN yang mana sebanyak

2810 lot tanah merupakan kategori hak milik manakala 889 lot

tanah adalah kategori rizab.

435

435

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!