02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

diarah untuk mengosongkan lot pada 18 Mei 2010 oleh JKPTG. Namun sehingga

ke tarikh lawatan Audit, penyewa yang sama masih menjalankan perniagaan

restoran makanan dan tiada tindakan selanjutnya oleh pihak JKPTG terhadap

perkara ini.

52.5.2.3.d.iii

52.5.2.3.d.iv

52.5.2.3.d.v

52.5.2.3.d.vi

Penyewa diwajibkan untuk memastikan struktur bangunan yang dibina di lot tanah

sewaan tidak berbentuk kekal. Semakan Audit mendapati 3 penyewa telah

mendirikan bangunan berstruktur kekal di atas lot tanah yang disewakan. Dua

daripada lot tanah ini dengan isu berkaitan telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua

Audit Negara Tahun 2007.

Semakan Audit yang dibuat ke atas 40 penyewa bagi bayaran sewaan bulanan

untuk tempoh 3 bulan iaitu bulan Oktober hingga Disember 2011 mendapati 25

penyewa lewat membuat bayaran sewaan antara 6 hingga 78 hari melibatkan 67

kes. Manakala status bayaran bagi 7 penyewa tidak dapat ditentukan kerana

maklumat bayaran/Akaun Subsidiari Penyewa tidak dikemukakan oleh pejabat

JKPTG untuk semakan Audit. Kelewatan membuat bayaran sewaan ini boleh

menyebabkan tunggakan di mana semakan selanjutnya mendapati 20 daripada 33

penyewa mempunyai tunggakan bayaran sewaan antara RM600 hingga

RM364,090 bagi tempoh antara 1 hingga 36 bulan dengan tunggakan terkumpul

bagi 20 penyewa tersebut berjumlah RM645,452 setakat 31 Disember 2011. Adalah

didapati juga pihak JKPTG ada mengeluarkan surat peringatan bagi mendapatkan

balik jumlah yang tertunggak, namun tiada maklum balas dari penyewa yang masih

meneruskan aktiviti mereka serta tiada tindakan selanjutnya diambil oleh JKPTG

walaupun di dalam syarat perjanjian memperuntukkan deposit boleh dirampas dan

perjanjian boleh ditamatkan sekiranya penyewa melanggar syarat perjanjian.

Lot tanah yang disewa tidak boleh disewa kecilkan atau dilepaskan mana-mana

bahagian kepada pihak lain. Ini bertujuan untuk memudahkan tindakan diambil

terus terhadap penyewa sekiranya terdapat ketidakpatuhan pada syarat perjanjian.

Bagaimanapun, semakan Audit mendapati 2 (5%) daripada 40 penyewa telah

menyewa kecilkan tapak sewaan kepada pihak lain.

Lot tanah yang disewakan oleh penyewa asal seperti di dalam perjanjian tidak

boleh disewakan semula kepada pengusaha lain. Semakan Audit mendapati satu

kes penyewa asal di Lot 320, Bidor, Batang Padang, Perak dengan nilai sewaan

sejumlah RM440 sebulan yang dibayar kepada JKPTG telah menyewakan kepada

penyewa lain tetapi dengan nilai sewaan RM1,950 sebulan (November 2009 hingga

September 2010) dan kemudiannya dinaikkan kepada RM2,500 sebulan (Oktober

2010 hingga Julai 2011). Perkara ini yang melibatkan penyewaan kepada

434

434

Mengikut maklum balas PTP, penggunaan istilah ‘struktur kekal’

yang digunakan dalam perjanjian akan diperincikan selaras

dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Penambahbaikan

pada perjanjian akan dilakukan oleh PTP melalui satu bengkel

Kajian Semula Perjanjian Penyewaan yang akan diadakan

selewat-lewatnya pada bulan Oktober 2012.

Mengikut maklum balas, PTP telah mengambil langkah bagi

memastikan tunggakan ini dapat dikutip dan Kerajaan mendapat

hasil yang patut diterima dengan penubuhan Pasukan Task

Force ABT SPHP bermula 14 Januari 2012 dan membuat

perampasan deposit setelah penyewaan ditamatkan. Sehingga

31 Mei 2012, ABT yang berjaya dikutip balik berjumlah

RM903,071. Manakala sehingga 15 Jun 2012, rampasan deposit

yang telah dibuat ialah RM245,209. Semua penyewa yang

terlibat juga sedang dalam proses untuk ditamatkan dan dibuat

rampasan deposit kerana telah melanggar syarat perjanjian.

Mengikut maklum balas, PTP telah menyenaraikan salah satu

penyewa berkenaan dalam senarai penamatan perjanjian

penyewaan kerana telah melanggar syarat perjanjian dan

mempunyai tunggakan penyewaan. Tindakan perampasan

deposit juga akan dilaksanakan sejurus penamatan dibuat.

Manakala bagi penyewa yang satu lagi, PTP akan mengarahkan

penyewa berkenaan untuk memohon kebenaran menyewa kecil

tapak sewaan kepada pihak lain.

Mengikut maklum balas, PTP memaklumkan penyewa ini tidak

lagi memberi sewaan kecil kepada penyewa lain. Manakala

kelulusan pelanjutan penyewaan telah diluluskan oleh

Jawatankuasa Penyewaan dan Penguatkuasaan Harta Tanah

Bil. 1/2011 bagi tempoh 1 September 2011 hingga

31 Ogos 2014.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!