02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

52.5.2.2 Tanah Terbiar

Semakan Audit terhadap rekod tanah bagi Kedah, Kuala Lumpur, Pahang dan

Perak mendapati daripada 246 lot tanah PDRM yang belum dibangunkan,

sebanyak 203 (82.5%) lot adalah terbiar. Pemeriksaan fizikal yang dijalankan ke

atas 82 (40.4%) lot tanah yang terbiar mendapati tiada sebarang aktiviti di atas 64

(78.0%) lot tanah di mana sebanyak 47 (73.4%) lot tanah telah dipenuhi dengan

belukar. Manakala 18 (22.0%) lot tanah telah dicerobohi antaranya untuk

penempatan setinggan, bercucuk tanam, berniaga dan kegunaan rumah ibadat/kuil.

Selain itu, sebanyak 44 (53.7%) lot tanah telah dipagar dan 37 (45.1%) lot tanah

pula telah dipasang dengan papan tanda hak milik PDRM.

Penguatkuasaan akan dipertingkatkan bagi menangani semua

kes ketidakpatuhan sehingga ke proses terakhir iaitu melibatkan

tindakan undang – undang. Manakala bagi meningkatkan

keberkesanan urusan tanah dan penyelenggaraan rekod, 2

orang pegawai kader JKPTG (kontrak) telah ditempatkan di Unit

Tanah Kementerian mulai 1 Jun 2012 hingga 30 November 2012

52.5.2.3.c

Tanah Yang Disewakan

52.5.2.3.d.i

52.5.2.3.d.ii

Semakan Audit mendapati daripada 246 lot tanah yang belum dibangunkan di 4 Ibu

Pejabat Polis Kontinjen (IPK) yang dilawati, sebanyak 43 (17.5%) lot tanah

disewakan.

Semakan Audit mendapati penyewa di Lot 231 dan 244, Bidor, Batang Padang,

Perak gagal mematuhi tujuan penyewaan yang diluluskan iaitu untuk pusat servis

kenderaan tetapi menjalankan perniagaan restoran makanan. Selain itu, kedudukan

sama ada penyewa telah melakukan aktiviti/tujuan sebagaimana yang telah

ditetapkan dalam perjanjian bagi 14 penyewa/pengusaha lot tanah yang lain tidak

dapat ditentukan kerana pihak Audit tidak dapat mengesahkannya dengan

sebarang maklumat penyewaan atau sebarang surat-menyurat mengenai

penyewaan tersebut.

Sebanyak 13 (32.5%) lot tanah yang mana mengikut rekod PDRM telah disewakan.

Bagaimanapun, semakan Audit di pejabat JKPTG mendapati maklumat sewaan

tidak dapat disahkan dengan sebarang surat perjanjian penyewaan di antara

JKPTG dan penyewa. Lawatan Audit ke lot tanah berkenaan mendapati pengusaha

menjalankan aktiviti seperti tempat meletak kereta berbayar, perniagaan restoran

makanan, perniagaan kedai hardware dan perniagaan mencuci kereta. Manakala

perjanjian bagi 2 penyewa telah tamat tempoh iaitu pada 31 Disember 2009 dan 30

September 2011 serta tidak diperbaharui. Aktiviti di salah satu lot tanah berkenaan

adalah perniagaan restoran makanan. Berdasarkan temu bual dengan pihak IPD

Bentong, perniagaan restoran makanan tersebut telah berlanjutan selama 2 tahun

oleh penyewa yang sama tanpa perjanjian penyewaan. Mengikut perkiraan Audit

berdasarkan kadar sewa terdahulu, amaun sewaan yang boleh dikutip adalah

berjumlah RM48,000 bagi tempoh tersebut.

Semakan Audit seterusnya di pejabat JKPTG mendapati permohonan untuk

melanjutkan tempoh sewaan lot tanah tersebut kepada penyewa yang sama tidak

diluluskan kerana penyewa tidak mematuhi beberapa syarat perjanjian dan telah

433

433

Mengikut maklum balas JKPTG, mesyuarat Jawatankuasa

Pelanjutan Penyewaan dan Penguatkuasaan Harta Tanah

Persekutuan pada 29 Mei 2012 telah meluluskan tambah tujuan

penyewaan oleh penyewa berkuatkuasa mulai 1 Julai 2012.

Mengikut maklum balas, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)

mengambil maklum akan perkara ini dan lawatan ke tapak akan

diadakan sekali lagi. PTP juga telah menghantar surat kepada

Pentadbir Tanah pada 21 Jun 2012 untuk menyelaras tindakan

penguatkuasaan dan dijangka tindakan penguatkuasaan dapat

dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!