02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

berkesan. Selain itu, Kementerian, PDRM dan JKPTG perlu terus berusaha

mengenal pasti lot tanah terbiar untuk digunakan secara optimum dengan cara

menyewakannya atau lain-lain mekanisme yang bermanfaat dan seterusnya dapat

menghindari daripada dicerobohi. Sesuatu pencerobohan akan mengakibatkan

tambahan perbelanjaan untuk penyenggaraan/pembersihan tanah pada masa akan

datang.

52.5.2.1.b

52.5.2.1.c

52.5.2.1.d

Tanah Belum Dibangunkan

Semakan Audit terhadap tanah milik/rizab PDRM di Kedah, Kuala Lumpur, Pahang

dan Perak menunjukkan daripada 246 lot tanah yang masih belum dibangunkan,

sebanyak 194 (78.9%) lot tanah telah ada perancangan untuk dibangunkan.

Bagaimanapun, hanya 2 (1.0%) daripada lot tanah tersebut telah diluluskan dalam

RMKe-10. Sebanyak 192 (99.0%) lot tanah lagi, walaupun tidak termasuk dalam

kelulusan pembangunan RMKe-10, pihak Audit dimaklumkan PDRM selaku

Jabatan pengguna masih memerlukan tanah itu untuk tujuan pembangunan

projeknya dalam Rancangan Malaysia akan datang. Antara sebab projek

pembangunan PDRM tidak diluluskan dalam RMKe-10 walaupun telah mempunyai

tanah dan tapak projek yang sesuai adalah kerana kekurangan/kekangan

peruntukan daripada Kerajaan.

Pengauditan terhadap 99 sampel lot tanah mendapati sebanyak 96 lot telah

melebihi tempoh milikan 5 tahun iaitu antara 5 tahun 5 bulan hingga 64 tahun.

Manakala 2 lot tanah tidak mempunyai maklumat tarikh milikan. Semakan ke atas

tanah pemilikan melebihi 5 tahun mendapati tiada sebarang justifikasi yang telah

dikemukakan oleh PDRM kepada JKPTG bagi tujuan pelanjutan tempoh pemilikan.

Mengikut rekod PDRM, lot tanah tersebut masih diperuntukkan untuk kegunaan

PDRM.

Selanjutnya, didapati baki 52 (21.1%) lot tanah yang masih belum dibangunkan

sememangnya tidak dirancang untuk dibangunkan kerana keluasan, lokasi/

kedudukan dan keadaan fizikal/saiz lot tanah tidak sesuai. Bagaimanapun,

sebanyak 23 (44.2%) daripada 52 lot tanah telah ditukar guna/tukar ganti dengan

Kementerian/Jabatan/Agensi lain. Namun, semakan Audit selanjutnya ke atas

salinan hak milik tanah berkenaan, masih menyatakan tanah itu adalah milik

PDRM. Manakala satu lot tanah lagi masih diperuntukkan untuk kegunaan PDRM

dan tidak dimaklumkan untuk dilepaskan walaupun 28 lot tanah yang lain telah

dikemukakan ke pihak JKPTG untuk tujuan pelepasan, namun tiada sebarang

tindakan telah diambil oleh JKPTG sehingga kini. Butirannya adalah dan antara lot

tanah yang tiada perancangan untuk dibangunkan.

Mengikut maklum balas Kementerian, tanah kosong yang

mempunyai perancangan pembangunan masa hadapan perlu

dikekalkan kerana kedudukan lokasi dan keluasan yang

strategik, kesukaran untuk mendapatkan tanah lain yang

bersesuaian dan kos pengambilan balik tanah yang tinggi.

Sementara peruntukan belum diluluskan, tanah tersebut dikawal

dengan pemasangan pagar atau papan tanda. Selain itu,

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan menyelaras

aktiviti penguatkuasaan tanah yang dicerobohi. Perbincangan di

antara JKPTG dan kementerian masih diteruskan untuk

menangani isu tanah terutama tanah milikan yang masih kosong

dan melebihi 5 tahun dimana penukargantian tanah (match

making) hanya boleh dilakukan apabila lokasi dan keadaan

tanah menepati keperluan dan peruntukan agensi penerima.

432

432

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!