02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

52.5.1.2.a

Pencapaian Kewangan

Kementerian telah mengagihkan waran peruntukan berjumlah RM3.28 juta dan

RM1.39 juta masing-masing bagi tahun 2009 dan 2010 kepada beberapa IPK

Negeri. Peruntukan ini adalah untuk penyenggaraan tanah di bawah perbelanjaan

pembangunan PDRM dengan menggunakan kod projek untuk pembaikan dan ubah

suai merangkumi tanah dan bangunan. Oleh kerana kod ini juga merangkumi

pembaikan bangunan, maka perbelanjaan yang melibatkan penyenggaraan tanah

tidak dapat ditentukan dengan spesifik. Ini menyebabkan perancangan dan

pengurusan terhadap penyenggaraan tanah tidak dapat diuruskan secara objektif.

Daripada peruntukan yang diterima, sejumlah RM3.26 juta (99.4%) dan RM1.39

juta (99.9%) telah dibelanjakan pada tahun 2009 dan 2010 untuk tujuan tersebut.

Bagaimanapun maklumat peruntukan dan perbelanjaan untuk tujuan

penyenggaraan tanah bagi tahun 2011 tidak dapat dikemukakan kepada pihak

Audit.

Setakat 2 Ogos 2012, sebanyak RM15.1 juta daripada

peruntukan tahun 2012 sebanyak RM20 juta telah dibelanjakan.

Selain itu, permohonan peruntukan tahun 2013 sebanyak RM20

juta bagi tujuan bayaran premium dan penyelenggaraan tanah

telah dikemukakan kepada pihak Agensi Pusat untuk pada

30 Jun 2012 untuk kelulusan.

52.5.1.2.b

Hasil Kerajaan yang dikutip melalui JKPTG berjumlah RM1.15 juta, RM1.36 juta

dan RM1.54 juta masing-masing bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 untuk tanah

PDRM yang telah dipajak/disewakan. Namun, jumlah kutipan bagi tahun 2009 dan

2010 adalah lebih rendah berbanding jumlah kos penyenggaraan tanah yang telah

dibelanjakan oleh PDRM.

Mengikut maklum balas Kementerian, maklumat kewangan yang meliputi

peruntukan dan perbelanjaan urusan tanah dikawal melalui Jawatankuasa

Pemantauan Tanah Persekutuan serta Mesyuarat Penyelarasan Bajet masingmasing

di peringkat Kementerian. Melalui RMKe-10, butiran Bayaran Tanah telah

diwujudkan dengan peruntukan sejumlah RM20 juta bagi tahun 2012 untuk

menguruskan hal-ehwal tanah Kementerian dan Jabatan serta Agensi di bawahnya.

Seterusnya, Kementerian, JKPTG dan PDRM mengambil maklum akan keperluan

menangani isu tanah yang masih tidak dibangunkan. Bagi maksud tersebut,

penyelarasan dan perbincangan di antara semua pihak sedang dijalankan secara

berperingkat mengikut negeri bagi mengenal pasti tanah yang boleh

disewakan/dilepaskan/ditukar guna. Terkini sebanyak 157 lot tanah Kementerian

yang terbiar di seluruh negara telah diperakukan secara blanket kepada pihak

JKPTG untuk sewaan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 21 Oktober

2011 yang mengarahkan supaya tanah yang tidak dibangunkan, ditawar untuk

tujuan penanaman kontan berjangka pendek. Selain itu, PDRM juga telah

mengemukakan kepada Kementerian permohonan peruntukan sejumlah RM20 juta

pada 4 Jun 2012 untuk kerja pemagaran bagi memastikan tanah kosong dikawal

daripada pencerobohan.

Pada pendapat Audit, maklumat kewangan adalah penting dan perlu dikumpulkan

bagi mengenal pasti kos yang ditanggung oleh Kementerian dan dijadikan sebagai

tanda aras untuk meningkatkan pengurusan tanahnya dengan lebih cekap dan

431

431

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!