02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Perenggan 52 : Pengurusan Tanah Yang Belum Dibangunkan

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

52.5.1.1 Pencapaian Perancangan Tanah Untuk Dibangunkan

Analisis Audit terhadap rekod tanah di 4 IPK negeri yang dilawati mendapati,

daripada jumlah 690 lot tanah, sebanyak 444 (64.3%) telah dibangunkan manakala

baki 246 (35.7%) belum dibangunkan. Daripada 246 lot tanah yang belum

dibangunkan ini, sebanyak 203 (82.5%) adalah tanah terbiar dan 43 (17.5%)

disewakan. Berdasarkan juga kepada jumlah lot yang belum dibangunkan iaitu 246

lot tanah, didapati sebanyak 194 (78.9%) daripadanya adalah lot dalam

perancangan untuk dibangunkan, bakinya 52 (21.1%) tiada perancangan untuk

dibangunkan. Bagaimanapun, hanya 2 (1.0%) daripada 194 lot tanah dalam

perancangan untuk dibangunkan diluluskan untuk pembangunan dalam Rancangan

Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Mesyuarat Mengenai Tanah-Tanah Yang Belum Dimajukan Oleh

Kementerian Jabatan Pengguna Bagi Negeri Sarawak dan Kuala

Lumpur telah diadakan pada 18 April 2012 di JKPTG.

Mengikut maklum balas Kementerian, kerjasama antara Kementerian, PDRM dan

JKPTG sentiasa diamalkan bagi memastikan program pembangunan nasional

dilaksanakan dengan lancar. Lot tanah milik/rizab yang belum dibangunkan dan

tiada perancangan pembangunan sedang diambil tindakan di pihak PDRM yang

akan diselaraskan secara berperingkat mengikut Kontinjen Negeri. Setakat ini

hanya tanah di Kuala Lumpur telah dimuktamadkan sama ada dikekalkan untuk

pembangunan atau dilepaskan kepada pihak JKPTG. Kesemua lot tanah yang

masih diperlukan tetapi tidak dapat dibangunkan buat masa ini adalah kerana

peruntukan yang terhad. Sehubungan itu, tanah tersebut boleh disewakan bagi

menjana hasil, ditukar guna melalui kaedah match making atau dipagar bagi

mengelakkan pencerobohan. Kementerian juga mengambil maklum akan keperluan

mewujudkan satu mekanisme untuk menguruskan tanah yang masih belum

dibangunkan yang mana ia diselaraskan melalui mesyuarat penyelarasan di

peringkat JKPTG dan Jawatankuasa Pemantauan Tanah Persekutuan (JPTP)

Peringkat Kementerian.

Pada pendapat Audit, PDRM dengan kerjasama Kementerian perlu terus berusaha

bagi memastikan pembangunan projek di atas tanahnya dapat dilaksanakan

dengan segera.

430

430

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!