02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

51.5.4.2.b.i

Kenderaan Yang Tidak Sesuai Digunakan Untuk Operasi Penguatkuasaan

Antara aktiviti utama UPP ialah untuk menjalankan Sekatan Jalan Raya, Rondaan

dan Risikan. Sehubungan itu, kenderaan yang paling sesuai untuk penggunaan

semasa menjalankan tugas tersebut ialah kenderaan lasak pacuan empat roda.

Semakan Audit mendapati hanya 84 unit kenderaan jenis ini dibekalkan dan

sebanyak 48 unit (57.1%) yang dibekalkan oleh PDRM telah rosak dan akan

dilupuskan/dikembalikan kepada PDRM kerana tidak lagi ekonomi untuk dibaiki.

Bahagian PS telah mengemukakan permohonan bagi perolehan

kenderaan bagi kegunaan operasi UPP dalam Projek Rolling

Plan ke-3 (2013) RMK10. Permohonan tersebut merangkumi

perolehan bagi 21 unit kereta, 22 unit kenderaan pacuan 4 roda

(4WD) dan 6 unit lori 4 tan.

51.5.4.2.b.ii

Kenderaan Untuk Mengangkut Barangan Rampasan Tidak Mencukupi

Lima unit lori termasuk 2 unit daripada PDRM telah digunakan bagi mengangkut

barangan rampasan di UPP Negeri/Kawasan. Pejabat UPP Kedah dan Kelantan

dibekalkan dengan 2 unit masing-masing, manakala hanya satu unit dibekalkan

kepada pejabat UPP Perlis. Semakan Audit mendapati lori yang dibekalkan tidak

mencukupi berbanding dengan bilangan kawasan di setiap negeri yang sering

digunakan untuk mengangkut barangan rampasan. UPP di beberapa kawasan

berkaitan terpaksa berkongsi penggunaan lori ini sekiranya diperlukan dan akan

menghadapi masalah sekiranya lori tersebut mengalami kerosakan.

Pada pendapat Audit, kenderaan lasak pacuan 4 roda amat sesuai dan perlu

ditambah bertujuan memberi kemudahan kepada pihak UPP untuk menjalankan

tugas dengan lebih cekap dan berkesan kerana penugasan UPP sebagai pasukan

strike force sering terlibat dengan aktiviti serang hendap dan kejar-mengejar

penyeludup. Selain itu, bilangan lori dan jenis yang sesuai untuk mengangkut

barangan rampasan juga perlu ditambah supaya masalah mengangkut dan

memunggah barangan rampasan dapat diatasi.

Mengikut maklum balas UPP, Kementerian telah bersetuju membekalkan sebanyak

10 unit kenderaan pacuan 4 roda bagi kegunaan operasi UPP di mana 7 buah

kenderaan tersebut telah dihantar kepada UPP Kedah, Perak dan Perlis pada akhir

tahun 2011.

51.5.4.2.c.i

Transceiver Repeater

Kementerian telah memperoleh sebanyak 14 unit peralatan ini bernilai RM2.38

juta pada tahun 2006. UPP Kelantan telah diberi tanggungjawab menerima

peralatan ini daripada pembekal untuk diagihkan kepada Pejabat UPP Negeri

seperti yang dinyatakan dalam Pesanan Tempatan Kerajaan. Bagaimanapun,

semakan Audit mendapati UPP Kelantan tidak menyelenggara rekod berkaitan

dengan penerimaan dan pengagihan peralatan ini. Sehubungan itu, pihak Audit

tidak dapat mengesahkan kuantiti sebenar peralatan yang telah diagihkan kepada

UPP Negeri atau masih disimpan di Stor UPP Kelantan. Semakan Audit selanjutnya

mendapati 4 unit peralatan tersebut telah dipasang dan digunakan di UPP Kelantan

Sebanyak 9 unit repeater berserta kelengkapan telahpun

diagihkan pada 1 April 2012 bagi tujuan pemasangan iaitu 4 unit

ke UPP Kedah dan 5 unit lagi ke UPP Perlis. (Pengagihan

adalah berdasarkan surat UPP Kelantan bertarikh 1 April 2012)

Peralatan operasi UPP digunakan secara optimum dari masa ke

semasa.

427

427

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!