02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

51.5.4.2.a

Kemudahan Dan Keperluan Logistik – Persenjataan

i. Peraturan Tetap Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bil. 1 menetapkan

bahawa setiap anggota UPP hendaklah dilengkapi dengan senjata api

bertujuan menjaga keselamatan semasa menjalankan tugas. Peraturan

penggunaan dan keselamatan senjata api perlu dipatuhi oleh setiap anggota

selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Akta Polis 1967 atau

peraturan lain yang berkaitan. UPP telah dibekalkan senjata api dari 2 sumber

iaitu daripada Ibu Pejabat UPP dan juga PDRM.

ii. Seksyen 3 Bahagian II Lesen-lesen Dan Permit Akta Senjata 1960 (Akta 206) &

Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) menyatakan bahawa

seseorang tiada boleh memiliki, membawa atau menggunakan senjata tanpa

lesen atau permit senjata. Bagaimanapun, Seksyen 4 Bahagian yang sama

membolehkan seseorang mengemukakan permohonan untuk memiliki,

membawa atau mengguna senjata api dengan membuat permohonan kepada

Ketua Polis Negeri di mana pemohon tinggal. Semakan Audit terhadap rekod

berkaitan pemilikan lesen atau permit senjata api bagi pejabat UPP yang

dilawati mendapati masih ramai di antara pegawai dan anggota UPP (selain

daripada pegawai dan anggota PDRM) yang belum mempunyai lesen untuk

memiliki, membawa dan mengguna senjata api terutama senjata yang

dibeli/dibekalkan oleh Ibu Pejabat. Menyedari kepentingan setiap pegawai dan

anggota perlu dilengkapi senjata api, komander setiap negeri telah

mengemukakan permohonan memiliki lesen dan permit senjata api untuk

kelulusan pihak PDRM bagi tujuan keselamatan anggota semasa bertugas.

iii. Pemeriksaan Teknikal Dan Verifikasi Stok Tidak Dijalankan. Keselamatan

senjata api perlu sentiasa diberi perhatian serius secara berterusan bertujuan

mengelak kejadian yang tidak diingini yang akan melibatkan keselamatan

senjata api. Bagi tujuan ini senjata api dalam pegangan perlu dibuat

pemeriksaan teknikal yang menyeluruh dan teliti. Verifikasi stok juga hendaklah

dibuat di semua peringkat stor persenjataan dengan mematuhi Perintah Tetap

Ketua Polis Negara C852. Semakan Audit di semua pejabat UPP Kawasan

yang dilawati mendapati Kementerian tidak pernah melakukan pemeriksaan

teknikal atau pemeriksaan verifikasi stok terhadap kesemua 239 unit senjata api

yang dibeli. Pemeriksaan teknikal dan verifikasi stok terhadap senjata api hanya

melibatkan senjata yang dibekalkan oleh PDRM.

Pada pendapat Audit, pengurusan persenjataan adalah penting kerana melibatkan

keselamatan dan perlu dipertingkatkan lagi. Pemeriksaan teknikal dan verifikasi stok

hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan sedia ada.

Mengikut maklum balas UPP, pemeriksaan senjata api secara mingguan/bulanan

ada dibuat oleh Komander Kawasan/pegawai polis yang dilantik oleh Komander

Negeri.

426

426

Permohonan lesen induk (memiliki senjata api) bagi Komander

UPP Kelantan yang baru telah dikemukakan ke Ibu Pejabat Polis

Kontinjen (IPK) Kelantan pada 15 Mei 2012 memandangkan

terdapat pertukaran Komander di UPP Kelantan pada 12 Mac

2012. Sehingga pada 7 Ogos 2012, pihak UPP Kelantan masih

lagi menunggu kelulusan daripada IPK. Bagi UPP Kedah pula,

lesen membawa dan mengguna (Carry & Use) senjata api bagi

pegawai dan anggota telah diperolehi pada 10 April 2012.

Semua UPP Negeri sentiasa membuat pemeriksaan teknikal

senjata api dari masa ke semasa dibuat bagi memastikan ianya

berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan.

Pemeriksaan tersebut dibuat secara menyeluruh sama ada bagi

senjata yang telah digunakan ataupun senjata yang berada di

stor. Verifikasi stok juga dibuat dari masa ke semasa selaras

dengan Perintah Tetap Ketua Polis Negara C852.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!