02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

51.5.4.1.a

Kemudahan Perumahan Pegawai Dan Anggota UPP

Perenggan 46 Peraturan Tetap UPP Bil. 1 menyatakan bahawa pihak pengurusan

seberapa yang boleh akan menyediakan kemudahan perumahan kepada pegawai

dan anggota UPP di kawasan tempat bertugas. Berdasarkan keperluan ini,

sebanyak 521 unit rumah pelbagai kelas telah dibina di beberapa UPP Kawasan di

negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak.

Sehingga pada 7 Ogos 2012, 32 unit rumah kuarters yang rosak

di UPP Rantau Panjang masih belum dibaiki memandangkan

tiada peruntukan kewangan.

51.5.4.1.b Lawatan Audit di 6 UPP Kawasan pada bulan Jun dan Julai 2011 mendapati 5

daripadanya telah disediakan sebanyak 476 unit kemudahan perumahan.

Sungguhpun begitu, setakat bulan Disember 2011, hanya 310 unit (65.1%)

diduduki, 38 unit (8.0%) lagi digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti untuk latihan,

rumah transit atau tadika/KAFA manakala 128 (26.9%) unit tidak diduduki.

51.5.4.1.c

51.5.4.1.d

Semakan Audit selanjutnya mendapati daripada 128 unit rumah yang tidak

diduduki, 84 (65.6%) telah mengalami kerosakan. Kekosongan sebanyak 44 unit

yang tidak diduduki antaranya disebabkan pegawai dan anggota telah memilih

untuk menolak tawaran menduduki rumah yang disediakan berdasarkan beberapa

faktor antaranya telah mendiami rumah sendiri, mendiami rumah yang disediakan

oleh agensi induk, menyewa dan kekosongan perjawatan.

Kerosakan sebahagian daripada unit kuarters agak ketara bagi perumahan jenis

blok 4 tingkat seperti yang terdapat di UPP Kuala Perlis dan Rantau Panjang.

Pemandangan keseluruhan blok menampakkan bangunan tersebut masih dalam

keadaan baik. Bagaimanapun, pemeriksaan Audit mendapati Aras 3 dan 4 setiap

blok mengalami kerosakan yang serius disebabkan unit tersebut terlalu lama tidak

diduduki dan tiada penyenggaraan dilakukan. Bagi UPP Pengkalan Kubor, 2

deretan blok merangkumi sebanyak 24 unit rumah yang mengalami kerosakan telah

dicadangkan untuk dilupuskan.

Pada pendapat Audit, pengurusan terhadap perumahan pegawai dan anggota UPP

perlu ditingkatkan di mana rumah yang rosak perlu segera dibaiki di samping

menjalankan penyenggaraan berkala terhadap rumah lain. Ini bertujuan menjaga

kepentingan Kerajaan kerana rumah yang disediakan merupakan harta Kerajaan

yang bernilai tinggi. Tanpa penyenggaraan pembaikan (corrective) dan pencegahan

(preventive), rumah tersebut terutama yang rosak akan menyebabkan kerosakan

yang lebih serius dan akan meningkatkan kos pembaikan. Pihak UPP juga perlu

menggalakkan pegawai dan anggota yang tidak menduduki rumah yang disediakan

untuk mendiami rumah yang kosong untuk mengelak daripada Kerajaan berterusan

mengalami kerugian daripada peningkatan kos pembaikan dan penyenggaraan.

Mengikut maklum balas Kementerian, pengurusan terhadap perumahan pegawai

dan anggota UPP akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan aspek

penyenggaraan, pembaikan dan pencegahan akan sentiasa diberi perhatian

sewajarnya.

425

425

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!