02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

dengan lebih cekap dan berkesan. Penstrukturan semula organisasi atau mengurus

sumber tenaga yang ada dengan lebih strategik (deployment) perlu dilakukan

dengan segera supaya masalah struktur dan kekurangan perjawatan dapat diatasi.

Mengikut maklum balas UPP, kelemahan dalam struktur organisasi dan masalah

pengisian perjawatan adalah disebabkan perjawatan UPP di bawah bidang kuasa

agensi induk masing-masing yang mengawal urusan penempatan, pengisian dan

sebagainya. UPP bersetuju supaya penstrukturan semula organisasi UPP dilakukan

segera supaya masalah kekurangan perjawatan dapat diatasi.

51.5.3.3.a

Latihan

Peraturan Tetap Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bil. 1 telah menetapkan

bahawa setiap pegawai dan anggota hendaklah diberi Kursus Pra UPP sebelum

memasuki perkhidmatan UPP. Modul kursus ini antaranya adalah asas

pengendalian senjata; asas kawat baris, pengenalan undang-undang yang

berkaitan, teori dan amali mengenai cara penguatkuasaan undang-undang dan

peraturan lain yang difikirkan sesuai.

Bagi tempoh dari 1 Januari hingga 7 Ogos 2012, UPP telah

melaksanakan sebanyak 27 kursus/bengkel/latihan di semua

UPP Negeri bagi tujuan meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran pegawai dan anggota UPP dalam melaksanakan

tugas dengan lebih efisien.

51.5.3.3.b

51.5.3.3.c

UPP Negeri keseluruhannya dianggotai oleh seramai 790 orang (jawatan yang

diisi) merangkumi 565 orang daripada PDRM, 116 daripada JKDM, 97 daripada

Imigresen dan 12 kakitangan awam. Semakan Audit mendapati hanya pegawai dan

anggota daripada JKDM yang telah menghadiri kursus Pra UPP sebelum

memasuki UPP, manakala pegawai dan anggota daripada agensi lain tidak

menghadiri kursus berkenaan.

Semakan Audit selanjutnya mendapati kursus dan latihan seperti kursus dalam

perkhidmatan atau kursus kerjaya bertujuan meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran pegawai dan anggota ada disediakan dari semasa ke semasa oleh

pejabat UPP dan juga agensi induk.

Pada pendapat Audit, pengurusan latihan untuk pegawai UPP perlu dipertingkatkan

di mana Kursus Pra UPP perlu dihadiri oleh semua pegawai dan anggota sebelum

memasuki UPP yang merupakan sebuah organisasi bersepadu daripada gabungan

pelbagai agensi iaitu PDRM, JKDM dan Imigresen. Ini bertujuan untuk memberi

pendedahan dan pengetahuan asas berkaitan tugas dan tanggungjawab UPP

supaya mereka lebih memahami serta bersedia memikul tanggungjawab yang

diamanahkan.

Mengikut maklum balas Kementerian sedang merangka Pelan Strategik Latihan

bagi pegawai dan anggota UPP bagi memastikan aspek latihan dalam UPP

sentiasa diberi perhatian sewajarnya.

424

424

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!